Utusan Borneo (Sabah)

PBPM perlu RM1 juta setahun untuk pentadbira­n, kebajikan anggota

-

MELAKA: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) memerlukan peruntukan kira-kira RM1 juta setahun bagi urusan pentadbira­n persatuan berkenaan, program dan aktiviti serta kebajikan anggotanya yang kini mencecah 140,000 orang.

Presidenny­a Hussin Awang Ngah berkata persatuan yang bergerak sebagai badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak mempunyai dana khusus bagi memastikan kebajikan dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanak­an, sebaliknya berharap pada geran tahunan yang disalurkan kerajaan persekutua­n.

“Sebelum ini kita menerima geran tahunan berjumlah RM200,000 setahun untuk menggerakk­an PBPM dan memastikan kebajikan bekas polis terbela dan alhamdulil­lah di bawah kepimpinan baharu Pakatan Harapan PBPM dijangka akan menerima peruntukan RM500,000 yang mana jumlah ini dilihat dapat meringan lagi beban kita serta melicinkan pentadbira­n.

“PBPM berterima kasih dengan bantuan awal berkenaan dan kita percaya ia adalah permulaan yang baik bagi kerajaan Pakatan Harapan untuk terus membela nasib serta kebajikan bekas polis di negara ini agar terus hidup dalam keselesaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan PBPM Negeri Melaka Kali Ke-42 di sini, pada Khamis.

Majlis berkenaan dirasmikan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan turut dihadiri Pengerusi PBPM Melaka Idris Mohd Ali.

Mengulas lanjut, Hussin berkata pihaknya akan melakukan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat untuk memaklumka­n kedudukan PBPM dan peranannya untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan baharu selain membincang­kan bantuan dan peruntukan yang diperlukan persatuan berkenaan.

Sementara itu, Adly berkata NGO khususnya PBPM memainkan peranan penting untuk menjaga kebajikan bekas anggota polis di negara ini dan kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha NGO berkenaan kerana ia selari dengan matlamat kerajaan Pakatan Harapan yang mengutamak­an kebajikan rakyat di semua peringkat dan lapisan masyarakat.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan memberi bantuan daripada pelbagai aspek termasuk kewangan dan sokongan untuk memastikan PBPM dapat terus bergerak untuk membantu anggota yang memerlukan agar tidak berasa terpinggir.

“Kita (Pakatan Harapan) di peringkat negeri Melaka akan memastikan PBPM tidak menghadapi masalah besar untuk bergerak dan memastikan kebajikan anggota kira-kira 4,500 orang di negeri ini terbela,” katanya.-Bernama

 ??  ?? KETUA Menteri Melaka Adly Zahari (dua, kanan) menyaksika­n penyerahan cek berjumlah RM5,000 daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Pusat yang diwakili Presidenny­a Hussin Awang Ngah (dua, kiri) kepada Pengerusi PBPM Melaka Idris Mohd Ali (kanan)...
KETUA Menteri Melaka Adly Zahari (dua, kanan) menyaksika­n penyerahan cek berjumlah RM5,000 daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Pusat yang diwakili Presidenny­a Hussin Awang Ngah (dua, kiri) kepada Pengerusi PBPM Melaka Idris Mohd Ali (kanan)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia