Utusan Borneo (Sabah)

Gandingan Ramos, Paunovic semakin serasi

Ketika bantu Sabah menang 3-2 menentang MISC-MIFA dalam saingan Liga Premier

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah menunjukka­n keberkesan­an jentera serangan dengan keserasian yang semakin menjadi gandingan penyerang importnya, Hector Omar Ramos Lebron dan Rodoljub Paunovic.

Pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim percaya gandingan kedua-dua pemain itu akan terus menjadi sandaran mencipta kemenangan termasuk sebagai penyumbang jaringan.

“Walaupun ini baru perlawanan kedua Paunovic berganding­an dengan Ramos, keserasian mereka sudah boleh dilihat.

“Saya percaya gandingan mereka akan terus memberi impak kepada pasukan termasuk sebagai penyumbang jaringan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Sabah menentang MISC-MIFA pada saingan Liga Premier di Stadium Likas, Rabu lalu.

Ramos turut menyumbang­kan satu gol untuk membantu Sabah menang 3-2 perlawanan itu.

“Saya gembira dengan keserasian penyerang import tetapi kemenangan ini tentunya hasil kerja keras dan semangat juang tinggi satu pasukan.

“Bukan mudah terutama apabila suatu ketika kami ketinggala­n 2-0. Bagaimanap­un, saya nampak semangat melawan pemain tidak hilang, mereka begitu

“Walaupun ini baru perlawanan kedua Paunovic berganding­an dengan Ramos, keserasian mereka sudah boleh dilihat. Saya percaya gandingan mereka akan terus memberi impak kepada pasukan ” termasuk sebagai penyumbang jaringan.

DATUK JUIL NUATIM Pengurus pasukan

bersungguh-sungguh dan ternyata usaha mereka berbaloi.

“Kemenangan ini juga sangat bermakna buat kami kerana selain disaksikan penyokong sendiri, peluang kami untuk terus bersaing bagi merebut tempat ke Piala Malaysia dan mungkin juga untuk layak ke Liga Super juga masih ada sinar harapan,” katanya.

Pada perlawanan itu, Sabah dikejutkan dengan dua jaringan berturut-turut penyerang import MISCMIFA, Kpah Sean Sherman pada minit ke-17 dan 33.

Bagaimanap­un jaringan ketua pasukan yang juga tonggak pertahanan, Rawilson Batuil pada minit ke-36 meringanka­n beban Sabah dengan hanya ketinggala­n 1-2 pada separuh masa pertama.

Selepas rehat, Sabah menggandak­an usaha dan ianya berbaloi dengan dua gol dihasilkan menerusi Hamran Peter pada minit ke-50 dan Ramos (minit ke83) untuk skuad bimbingan Jelius Ating itu keluar sebagai pemenang.

Kemenangan itu tidak mengubah kedudukan Sabah ditangga kelima dengan 21 mata tetapi sekurangku­rangnya ia meletakkan mereka di landasan sebagai antara pencabar kekdudukan teratas.

Sabah kini hanya dijarakkan satu dan dua mata dan dengan PDRM yang telah mengumpul 22 mata di tangga keempat dan MISC-MIFA (23 mata) ditangga ketiga.

Pendahulu, Felda United yang telah menguml 36 mata sudah terlalu jauh untuk dikejar tetapi kedudukan kedua masih dalam kini dihuni Felcra dengan 25 mata masih dalam jangkauan.

Dua pasukan teratas adalah tiket untuk naik ke Liga Super.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang Sarawak di tempat lawan pada 26 Jun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia