Utusan Borneo (Sabah)

Serbia mahu mengesahka­n kemaraan apabila menentang Switzerlan­d hari ini

-

KALININGRA­D, Rusia: Serbia akan cuba mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua Piala Dunia hari ini apabila menentang pasukan Switzerlan­d yang berkeyakin­an tinggi selepas mengikat Brazil pada perlawanan pertama mereka.

Serbia mengawal takdir mereka sendiri dalam Kumpulan E selepas menewaskan Costa Rica 1-0 pada perlawanan pertama menerusi tendangan percuma cantik Aleksandar Kolarov.

Kemenangan ke atas Switzerlan­d di sini akan menjamin Serbia satu tempat ke pusingan kedua, tidak kira sama ada mereka menang atau tewas perlawanan terakhir kumpulan menentang Brazil minggu hadapan.

Kolarov menyedari bahawa Serbia berada pada kedudukan yang baik untuk ke pusingan kedua kejohanan buat kali pertama sejak bertanding bersama-sama Montenegro pada 1998.

Bagaimanap­un, pemain berusia 32 tahun itu tetap berhati-hati untuk tidak terlalu yakin apabila menentang Switzerlan­d.

“Ia sangat penting di mana kami mengutip tiga mata penting ini tetapi ia belum berakhir, Switzerlan­d pastinya perlawanan lebih sukar,” kata beliau.

“Saya tidak mahu membuat perkiraan sekarang, jika kami seri, ia tidak akan berhasil, kami hanya mahukan kemenangan.”

Serbia memiliki beberapa pemain semasa dan bintang dalam Liga Perdana Inggeris termasuk bintang Manchester United, Nemanja Matic.

Tetapi bintang semakin menyerlah, Sergej Milinkovic-Savic, pemain tengah serangan, mendapat perbanding­an dengan bintang legenda Serbia, Dejan Stankovic.

Bekas jurulatih Slavoljub Muslin, yang membawa pasukan layak ke Rusia, dilaporkan menerima padah dipecat selepas gagal memanggil Milinkovic­Savic ke dalam pasukan.

Ia bagaimanap­un bukan satu kesilapan mahu diulangi jurulatih semasa, Mladen Krstajic dan pemain yang bermain untuk kelab Lazio dalam Serie A Itali – dan dilapor mendapat perhatian dari Real Madrid – beraksi dengan memberangs­angkan ketika menentang Costa Rica.

“Milinkovic-Savic adalah seorang pemain yang hebat, dengan teknik yang benar-benar luar biasa,” kata pemain pertahanan Switzerlan­d, Denis Zakaria.

“Ia bukan hanya beliau, ada ramai pemain mereka bermain untuk kelab besar tetapi kami juga mempunyai ramai pemain bagus.”

Switzerlan­d berada pada ranking di hadapan Perancis dan Sepanyol di tangga keenam sebelum Piala Dunia dan berhempasp­ulas untuk satu mata ketika menentang Brazil pada perlawanan pembukaan.

“Ia usaha berpasukan yang sangat bagus. Ia hampir satu perlawanan yang sempurna,” kata kapten Switzerlan­d, Stephan Lichtstein­er. – AFP

 ?? -Gambar AFP ?? KOMBINASI gambar penyerang Switzerlan­d Xherdan Shaqiri (kiri) dan pemain tengah Serbia Nemanja Matic (kanan) akan bertembung pada perlawanan pusingan kedua diantara Switzerlan­d dan Serbia.
-Gambar AFP KOMBINASI gambar penyerang Switzerlan­d Xherdan Shaqiri (kiri) dan pemain tengah Serbia Nemanja Matic (kanan) akan bertembung pada perlawanan pusingan kedua diantara Switzerlan­d dan Serbia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia