Utusan Borneo (Sabah)

Skuad muda Nigeria berdepan tugas berat menentang Iceland hari ini

-

GELENDZHIK, Rusia: Nigeria akan menentang Iceland hari ini dengan harapan untuk mengembali­kan cabaran mereka di Piala Dunia tetapi berwaspada dengan kemampuan pasukan lawan yang mampu memberikan saingan kuat.

Jurulatih Nigeria, Gernot Rohr – yang membawa skuad paling muda ke Rusia di mana purata usia mereka sekitar 25 tahun – hanya menang sekali dari 13 perlawanan di Piala Dunia.

Nigeria melangkah ke pusingan kalah mati di Piala Dunia 2014 tetapi tewas 0-2 kepada C r oat ia pada perlawanan pertama Kumpulan D menerusi gol sendiri Oghenekaro Etebo dan penalti Luka Modric.

Pasukan mereka, termasuk penjaga gol berusia 19 tahun, Francis Uzoho, paling tidak dikenali berbanding pasukan yang tewas kepada Perancis di pusingan kedua di Brazil pada 2014.

“Kadang-kadang kami agak lurus bendul ketika berdepan tendangan percuma/sudut tetapi ia akan kami perbaiki, “kata Rohr.

Iceland berkeyakin­an tinggi selepas apa yang jurulatihn­ya, Heimir Hallgrimss­on gambarkan sebagai “contoh buku sekolah” tentang bagaimana untuk bertahan ketika berdepan Argentina.

Kapten Argentina, Lionel Messi, mengadu “Iceland tidak mahu bermain” tetapi pasukan kerdil dari Nordic itu, yang bermain di Piala Dunia yang pertama mereka, tidak tertarik dengan kritikan.

“Mungkin beliau berasa gembira jika kami bermain secara menyerang dan tewas 0-5. Orang boleh mempunyai pandangan tetapi ia bukan penting bagi kami,” kata penjaga gol Hannes Halldorsso­n.

Perlawanan di Volgorad dijangka “lebih terbuka” kata Halldorsso­n, yang beraksi cemerlang ketika menentang Argentina termasuk menepis tendangan penalti Messi.

“Nigeria pastinya sukar untuk ditewaskan. Mereka pantas dan bermain lebih jelas berbanding Argentina. Ia adalah perlawanan yang jauh berbeza berbanding menentang Argentina.”

Rohr percaya pasukannya mampu melepasi pusingan pertama kejohanan.

“Kami hanya satu mata di belakang Iceland dan semuanya di tangan kami, jadi lebih baik bersikap positif. Biar mereka belajar dari kekalahan kepada Croatia dan cuba melakukan yang lebih baik selepas ini,” tambah beliau. – AFP

 ?? -Gambar AFP ?? PASUKAN Nigeria semasa mengadakan latihan terakhir bagi persiapan untuk menentang Iceland.
-Gambar AFP PASUKAN Nigeria semasa mengadakan latihan terakhir bagi persiapan untuk menentang Iceland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia