Utusan Borneo (Sabah)

Hierro lega selepas Iran hampir buat kejutan

-

KAZAN ARENA, Rusia: Jurulatih Sepanyol, Fernando Hierro mengakui pasukannya seperti di atas tali sebelum gol Diego Costa memberikan mereka kemenangan pertama di Piala Dunia ketika Iran hampir mencipta kejutan besar Rabu lepas.

Kemenangan di Kazan membolehka­n juara 2010 itu berada di landasan untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan tetapi Iran ada menjaringk­an gol penyamaan namun tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid.

“Kami mengutip tiga mata tetapi ia adalah perlawanan yang sangat sukar,” kata Hierro.

“Kami bermula dengan baik, dengan rentak yang bagus tetapi Iran adalah pasukan yang lasak, ia sangat sukar untuk menembusi pertahanan mereka.”

Costa, yang menjaringk­an dua gol ketika Sepanyol seri 3-3 dengan Portugal pada perlawanan pertama, mengundang kontrovers­i pada awal perlawanan apabila dilihat sengaja memijak kaki penjaga gol Iran, Ali Beiranvand.

Tindakan beliau bagaimanap­un tidak mendapat perhatian pengadil dan penyerang kelab Atletico Madrid itu memperoleh­i satu lagi tuah pada minit ke-54 apabila rembatan beliau terkena Ramin Rezaeian dan menewaskan Beiranvand dari satu umpanan Andres Iniesta.

Sebelumsat­ujampermai­nan, keseluruha­n pemain di bangku simpanan Iran memasuki padang apabila Saeid Ezatolahi menjaringk­an gol penyamaan tetapi ribuan penyokong dalam stadium berasa kecewa apabila gol itu tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Dengan tiga mata dari dua perlawanan, Iran masih mempunyai satu peluang untuk ke pusingan kedua jika mengejutka­n Portugal pada

perlawanan terakhir kumpulan.

Jurulatih Iran, Carlos Queiroz memuji keberanian pasukannya dan berikrar mereka akan bermain habis-habisan untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan.

“Kami meninggalk­an padang dengan kekalahan 0-1 tetapi kami mendapat penghormat­an. Saya pasti penyokong berasa bangga dengan pasukan mereka,” kata Queiroz.

“Pemain kami boleh pulang dan duduk bersama keluarga dan sahabat handai dan berasa bangga dengan diri mereka. Orang tidak memberikan kami sebarang peluang tetapi kami masih mempunyai peluang untuk layak ke pusingan kedua. Kami akan bersaing untuk impian kami.”

Hierro mengalu-alukan Dani Carvajal dalam kesebelasa­n utama selepas pulih dari kecederaan semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara untuk Real Madrid ketika menewaskan Liverpool.

Dengan Lucas Vazquez menggantik­an Koke di bahagian tengah, ia kelihatan seperti menurunkan skuad Real Madrid dalam padang.

Costa berasa sangat kecewa dengan taktik pertahanan Iran dan beliau kelihatan menimbulka­n provokasi dengan memijak kaki penjaga gol Iran.

Perbuatan beliau itu tidak diambil tindakan oleh pengadil dengan Sepanyol meneruskan permainan dengan lebih memberangs­angkan selepas rehat di mana Beiranvand menepis dua cubaan dalam tempoh empat minit.

Tetapi Iran enggan mengalah dan mempunyai peluang pada lewat permainan tetapi rembatan Mehdi Taremi melambung tinggi.

Costa akhirnya memecah kebuntuan apabila rembatanny­a terkena Ramin Rezaeian dan mengeliruk­an Beiranvand.

Walaupun ketinggala­n Iran masih mampu mencemaska­n Sepanyol, terutama dari satu serangan pantas di mana Taremi tidak dikawal ketika melakukan satu tandukan.

Tidak lama selepas itu, Ezatolahi menjaringk­an gol untuk menceriaka­n penyokong Iran dalam stadium tetapi kegembiraa­n itu tidak lama apabila pengadil tidak membenarka­n gol kerana ofsaid.

Pada akhir permainan, Iran terus mengasak untuk memburu gol penyamaan tetapi cubaan Taremi sedikit tinggi dari palang gol. – AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia