Utusan Borneo (Sabah)

Portugal masi mempunyai ruang: Ronaldo

-

MOSCOW, Rusia: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo berkata pasukannya mempunyai ruang untuk meningkat lebih bagus lagi di Piala Dunia selepas gol awal beliau mengesahka­n kemenangan 1-0 ke atas Maghribi, membolehka­n juara Eropah itu semakin menghampir­i kelayakan ke pusingan kedua kejohanan.

“Jangkaan kami ialah untuk meneruskan usaha kami dan cuba meningkatk­an lagi prestasi di pusingan pertama,” kata beliau selepas gol minit keempat menjadi penentu perlawanan di Moscow Rabu lepas.

“Kami hampir ke pusingan kalah mati dan kita akan lihat nanti.Kamiakanme­ngharungi satu perlawanan demi satu perlawanan. Kami akan cuba menamatkan pusingan pertama selaku juara.”

Ronaldo mengatasi bintang legenda Hungary, Ferenc Puskas sebagai penjaring terbanyak Eropah dengan 85 gol antarabang­sa ketika Portugal mengutip empat mata bersama-sama Sepanyol, yang menewaskan Iran juga 10 di Kazan.

“Kami tahu jika kami tewas, kami mungkin akan tersingkir awal,” kata Ronaldo. “Kami tahu Maghribi akan memberikan segala-galanya.

“Ia satu kejutan di awal permainan kerana mereka begitu kuat,” tambah beliau. “Saya berjaya menjaringk­an satu gol dan ia sememangny­a hebat bagi saya.”

Maghribi mengubah taktik mereka selepas tewas 0-1 kepada Iran pada perlawanan pertama dengan menurunkan empat pemain di bahagian pertahanan dan menangani ancaman Ronaldo selepas hatrik ketika seri dengan Sepanyol pada perlawanan pertama.

Tetapi rancangan jurulatih Herve Renard terjejas seawal minit keempat di Stadium Luzhniki apabila Ronaldo bergerak bebas untuk menyempurn­a umpanan Manuel Da Costa.

“Cristiano Ronaldo seperti air wine, beliau berubah ketika meningkat usia,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos. “Beliau sentiasa meningkat, tidak seperti pemain biasa.

“Beliau tidak melakukan perkara yang sama dalam dua atau tiga tahun dan beliau tidak melakukan apa yang beliau lakukan empat atau lima tahun yang lalu. Beliau mengenali dirinya sendiri dan apa yang perlu dilakukan.”

Gol Ronaldo itu adalah yang keempat beliau pada kejohanan kali ini, lebih banyak dari gol dari tiga penampilan sebelum ini dan meletakkan beliau tidak jauh dari rekod penyerang Iran, Ali Daei (109) gol dalam senarai penjaring gol antarabang­sa.

Tetapi Portugal terselamat dua kemungkina­n penalti Maghribi dan juga beberapa cubaan menarik, terutama sekali tandukan Younes Belhanda yang ditepis penjaga gol Portugal, Rui Patricio.

Ia adalah jauh dari aksi meyakinkan Portugal dan Santos mengakui rasa cemas memainkan peranan dengan menegaskan mereka tidak mampu memperkeci­lkan Iran pada perlawanan terakhir kumpulan pada 25 Jun nanti.

“Ada banyak debaran kerana ia adalah Piala Dunia, pasukan kami kuat tetapi kami harus meningkat,” kata Santos.

“Kami bermain dengan baik di bahagian pertahanan tetapi kami memerlukan lebih banyak lagi. Kami harus terus menyerang dan mengubah beberapa perkara selain mendapatka­n lebih banyak bola.”

Bagi Maghribi, kekalahan kedua berturut-turut mengesahka­n penyingkir­an mereka di pusingan pertama pada penampilan pertama di Piala Dunia sejak 1998.

“Saya tidak kecewa dengan prestasipe­main,”kataRenard. “Saya berasa sangat gembira dengan prestasi, dengan pemain, dengan negara ini dan juga semua orang yang berkaitan.

“Kami bermain dengan gaya menyerang menentang pasukan yang hebat, jadi kami mempunyai risiko tambahan,” tambah beliau. “Kami banyak berusaha tetapi tidak mendapat ganjaranny­a.”

Renard berkata Maghribi akan cuba melengkapk­an jadual perlawanan dengan lebihmengg­embirakana­pabila menentang Sepanyol pada hari Isnin, sambil mengimbau kenangan membimbing Maghribi.

“Dua tahun yang lalu, kami memulakan pengembara­an baharu, kami berada pada ranking ke-81 dunia. Saya fikir kami berada pada ranking ke41 sekarang,” kata jurulatih berasal dari Perancis yang memulakan tugas beliau pad Februari 2016.

“Kami layak ke Piala Dunia selepas 20 tahun dan menunjukka­n kami mampu untuk bermain.” – AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia