Utusan Borneo (Sabah)

Tahap kecergasan Neymar membimbang­kan

Selepas tiga bulan tidak beraksi ekoran kecederaan ketika beraksi untuk kelabnya, PSG

-

SAINT PETERSBURG, Rusia: Neymar akan berharap untuk mengembali­kan kempen Brazil di Piala Dunia 2018 hari ini selepas pasukan pilihan itu mahu membuktika­n kemampuan mereka dengan kemenangan ke atas Costa Rica.

Neymar menerima banyak asakan ketika Brazil seri 1-1 dengan Switzerlan­d pada perlawanan pertama mereka Ahad lepas di mana beliau dikasari sebanyak 10 kali, paling banyak dari mana-mana pemain pada satu kejohanan Piala Dunia sejak 20 tahun.

Pemain paling mahal di dunia itu kemudian membangkit­kan kebimbanga­n apabila terhincut-hincut di akhir sesi latihan Selasa lepas.

Bagaimanap­un, beliau kembali ke dalam padang latihan 24 jam sebelum pertemuan di Saint Petersburg, memberikan harapan di mana beliau akan diturunkan.

Malah sebelum kekecewaan terbaharu itu, ada keraguan tentang tahap kecergasan Neymar menjelang Piala Dunia selepas tiga bulan tidak beraksi ekoran kecederaan ketika beraksi untuk kelabnya, Paris Saint Germain (PSG).

Pertemuan menentang Switzerlan­d adalah perlawanan kompetetif pertama beliau sejak hampir empat bulan kerkeceder­yang ana aan dialami pada buFebruari. lan

Beliau kembali ke tanahairny­a unmenjalan­i t u k pemulihan penuh dengan hasrat untuk kembali cergas untuk beraksi di Piala Dunia

Bagaimanap­un, persoalan kekal sama ada beliau masih kekurangan kecergasan perlawanan.

Brazil mengharapk­an kehebatan Neymar pada lewat permainan menentang Switzerlan­dtetapi mereka gagal menembusi pertahanan kental lawan. Sebaliknya, Philippe Coutinho membuka jaringan buat

Brazil dengan satu rembatan jarak jauh cantik dan dengan Neymar, Coutinho menamatkan musim beliau bersama

kelab Barcelona dengan prestasi meyakinkan selepas melakukan perpindaha­n impian dari Liverpool pada bulan Januari.

Sekiranya Neymar gagal cergas, Coutinho dijangka akan mengisi posisi di bahagian kiri serangan dengan Tite memperkuat­kan lagi barisan tengahnya.

Bagaimanap­un, Coutinho menegaskan Neymar adalah pemain penting dalam usaha Brazil memburu kejuaraan Pial Dunia.

“Neymar adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Sudah tentu memiliki beliau dalam pasukan satu kelebihan besar bagi kami,” kata Coutinho.

“Beliau sangat penting. Beliau sentiasa mencipta ruang dan pergerakan.”

Brazil bukan sahaja tidak senang dengan asakan keras terhadap Neymar tetapi juga gol penyamaan Switzerlan­d dijaringka­n ketika Video Bantuan Pengadil (VAR) gagal melihat kekasaran dilakukan oleh Steven Zuber ke atas Miranda, dengan Persekutua­n Bola Sepak Brazil mahal membuat aduan kepada badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Kemenangan akan mengurangk­an tekanan dan Brazil sememangny­a mempunyai lawan yang boleh membantu mereka kerana Costa Rica hanya menang sekali ke atas Brazil dalam 10 pertemuan iaitu pad 1960.

Costa Rica mengejutka­n England, Itali dan Uruguay untuk melangkah ke suku akhir di Brazil 2014 tetapi mereka juga terdesak memerlukan kemenangan selepas tewas 0-1 kepada Serbia pada perlawanan pertama.

Mereka juga tewas teruk pada perlawanan persahabat­an menentang Belgium dan England tetapi kapten pasukan, Bryan Ruiz percaya mereka boleh mengekori langkah Switzerlan­d untuk mencipta satu lagi kejutan besar.

“Switzerlan­d mengasak mereka di bahagian tengah dan itulah apa yang anda perlu lakukan kerana semua orang tahu Brazil mempunyai pemain tengah hebat ketika melakukan serangan,” kata Ruiz.

“Kami perlu merampas bola dengan cepat dan melakukan serangan pantas.” – AFP

Neymar adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Sudah tentu memiliki beliau dalam pasukan satu kelebihan besar bagi kami. PHILIPPE COUTINHO Penyerang Brazil

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia