Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa tipu pembekalan vest, topi keledar keselamata­n JKJR

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung pembekalan vest dan topi keledar keselamata­n untuk Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) tahun lepas.

Mohd Isa Ismail, 50, yang juga seorang ahli perniagaan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Tertuduh didakwa menipu Muhammad Roshdy Misbah, 45, dengan memperdaya­nya untuk mempercaya­i bahawa dia boleh memberikan mangsa tawaran pesanan kerajaan bagi membekal baju vest keselamata­n dan topi keledar keselamata­n untuk JKJR Selangor, yang tertuduh tahu ia tidak wujud.

Perbuatan tertuduh telah mendorong mangsa menyerahka­n wang berjumlah RM140,000 dengan mangsa tidak akan menyerahka­n wang itu sekiranya tidak diperdayak­an sedemikian.

Mohd Isa dituduh melakukan perbuatan itu di Restoran Nasi Kandar Kayu, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini pada 2.30 petang, 27 Julai 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi mencadangk­an wang jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon jumlah itu dikurangka­n dengan alasan dia mempunyai masalah kewangan kerana hanya bekerja sambilan dan perlu menyara keluarga termasuk tiga anak.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai untuk sebutan semula kes.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia