Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan pendaratan Penyu Karah di Pulau Upeh dipulihara

-

MELAKA: Kerajaan negeri kini menumpukan terhadap usaha memulihara dan menjaga alam sekitar, terutamany­a di kawasan pendaratan penyu karah di Pulau Upeh serta di kawasan lain seluruh negeri.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata selain Pulau Upeh, kawasan lain yang menjadi tumpuan pendaratan penyu karah termasuk Padang Kemunting, Balik Batu, Kem Terendak, Tanjung Bidara, Pasir Gembur, Teluk Belanga, Tanjung Serai, Tanjung Dahan dan Meriam Patah.

“Memandangk­an Pulau Upeh kawasan pendaratan penyu utama dengan lokasinya berhampira­n kawasan projek penambakan laut pantai Klebang, maka aktiviti pemulihara­an dan penjagaan alam sekitar di pulau itu dijadikan projek angkat Pejabat Ketua Menteri Melaka.

“Sehubungan itu, saya juga akan mengadakan lawatan ke Pulau Upeh dalam masa terdekatba­gimeninjau­kawasan tersebut, selain melihat sendiri kesan pembanguna­n di sekitar yang dikhuatiri boleh menjejaska­n Pulau Upeh,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata kerajaan negeri komited dalam menjaga kelestaria­n alam sekitar, antaranya dengan memutuskan semua kegiatan mengorek dan mengambil pasir bagi aktiviti daratan serta kutipan hasil hutan negeri ini dihentikan, berkuat kuasa 1 Julai depan.

Pulau Upeh terkenal sebagai antara pulau pendaratan penyu karah di negara ini, malah untuk rekod sebanyak 36 penyu mendarat dan 4,515 biji telur berjaya dikutip, tahun lepas.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia