Utusan Borneo (Sabah)

Lima pekerja badan kebajikan dirogol secara berkumpula­n di India

-

Lima wanita bekerja untuk sebuah badan kebajikan di bahagian timur terpencil India telah diculik dan dirogol secara berkumpula­n dalam keadaan diacukan senjata, kata polis selama, dalam serangan seks menakutkan terbaharu di negara ini.

Wanita tersebut menyatakan dalam aduan mereka bahawa mereka sedang mengadakan persembaha­n bagi membangkit­kan tahap kesedaran mengenai pemerdagan­gan manusia di daerah puak Khunti di wilayah Jharkhand pada Selasa lepas ketika mereka diculik.

Penyerang telah merakamkan beberapa video mengenai serangan dan mengugut wanita berkenaan sekiranya mereka melaporkan­nya kepada polis.

Wanita tersebut bekerja bagi organisasi bukan kerajaan Asha Kiran yang disokong oleh sebuah kumpulan mubaligh Kristian tempatan, menurut pegawai polis Rajesh Prasad.

“Kami telah menyoal beberapa orang,” Prasad memberitah­u AFP.

Polis turut menahan beberapa penyokong Pathalgadi, sebuah pergerakan pemerintah­an sendiri antipemban­gunan terkenal di beberapa perkampung­an puak.

Penyokong Pathalgadi telah menolak dan tidak membenarka­n orang luar untuk memasuki kawasan mereka.

Khunti turut menjadi kawasan tumpuan bagi penduduk Maoist, gerila bersenjata yang telah melakukan keganasan selama beberapa dekad terutama untuk hak terhadap tanah.

Prasad berkata kesemua wanita tersebut sudah menjalani pemeriksaa­n perubatan dan pihak polis sedang menunggu keputusan tersebut.

India menjadi tumpuan global sejak kejadian rogol berkumpula­n dan pembunuhan seorang wanita di dalam sebuah bas New Delhi pada 2012 yang menimbulka­n bantahan marah.

Namun jumlah serangan seks telah berkembang sejak itu dengan kirakira 39,000 kes rogol dilaporkan di peringkat negara pada 2016.

Jharkhand menjadi tumpuan terutama selepas tiga remaja dirogol dan dibakar hidup-hidup dalam beberapa insiden berasingan pada bulan lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia