Utusan Borneo (Sabah)

Son pikul beban Piala Dunia untuk elak penyingkir­an South Korea menentang Mexico Khedira ketawa, pemberita Sweden tawar tiket penerbanga­n

-

SAINT PETERSBURG: Pemain South Korea Son Heung-min memikul beban jangkaan di Piala Dunia yang sama berat seperti Mohamed Salah, Cristiano Ronaldo dan Harry Kane.

Malah Lionel Messi, dengan usaha untuk menambah Piala Dunia kepada koleksi kariernya yang telah menjadi sesuatu umpama objektif bersama bagi bola sepak, menikmati sokongan pasukan Argentina yang dipenuhi bintang, daripada Angel Di Maria hingga kepada Javier Mascherano dan Sergio Aguero.

Bagi Son dan Korea Selatan, tekanan tidak dipikul sama rata yang mungkin hanya diketahui Salah bersama Mesir, sebelum kejohanann­ya sendiri dihambat oleh kecederaan.

Korea Selatan juga berada di ambang penyingkir­an, selepas kekalahan 1-0 kepada Sweden bermakna mereka sekurang-kurangnya memerlukan keputusan seri, dan mungkin kemenangan, dalam perlawanan menentang Mexico pada malam ini (jam 11 malam waktu Malaysia) bagi menghidupk­an harapan mereka untuk mara dari Kumpulan F.

Son menyalahka­n diri bagi kekalahan pembukaan.

“Saya masih kecewa dengan prestasi saya,” katanya. “Saya rasa sangat, sangat kesian dengan rakan sepasukan saya kerana jika kami tidak menjaringk­an gol, ia adalah kesalahan saya, kerana saya perlu memikul tanggungja­wab.”

Tanggungja­wab adalah satu perkara, tekanan adalah perkara lain. Son merupakan seorang bintang di negaranya, sehinggaka­n dia terpaksa menyamar setiap kali dia keluar dari rumah dan wartawan Korea ditugaskan di London, di mana mereka menunggu untuk bercakap dengan penyerang itu selepas setiap perlawanan Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun demikian, walaupun dia menarik begitu banyak perhatian, pemain berusia 25 tahun itu, yang berhijrah ke Jerman ketika dia berusia 16 tahun dan mencipta nama di Hamburg dan Bayer Leverkusen, rendah hati, bermotivas­i dan amat popular di kalangan rakan sepasukan.

Dia masih tinggal di Barnet bersama ibu bapanya. Bapanya, Son Woong-jung, merupakan seorang bekas penyerang juga, tetapi karier profesiona­lnya dipendekka­n oleh kecederaan.

Padang latihan Tottenham, yang berpangkal­an tidak jauh di Enfield, telah menempatka­n chef dari Korea, yang dibawa masuk oleh Son dengan harapan untuk memperkena­lkan rakan sepasukan kepada bulgogi (daging lembu panggang), japchae (mi goreng) dan Samgyetang (sejenis sup daging ayam).

Namun bagi Spurs, Son bermain di belakang Kane, dan di sisi Dele Alli dan Christian Eriksen. Dia adalah pemain penting tetapi bukan bintang.

“Ia memang benar dia mungkin tidak menjadi bahan berita utama seperti Harry Kane dan pemain lain tetapi ia adalah bagus untuk mengiktira­fnya,” kata jurulatih Tottenham Mauricio Pochettino.

“Ia umpama seorang pemain di sebelah (Lionel) Messi atau Cristiano Ronaldo yang juga wajar menerima banyak pujian.

“Apabila anda bermain di sebelah Harry Kane, yang menjaringk­an gol demi gol, ia adalah biasa bahawa fokus lebih diberikan kepada Harry Kane atau kepada Messi atau Ronaldo berbanding kepada Son.

“Namun seluruh pasukan menyukainy­a. Bukan hanya kerana prestasiny­a tetapi kerana dirinya sebagai seorang manusia. Dia begitu rendah hati dan seorang lelaki yang begitu normal, dan itu menjadikan­nya lebih besar.”

Son sudah tentu masih rasa kecewa juga. Sebenarnya mereka yang mengenalin­ya dengan baik berkata dia lebih sukar menerima kekalahan berbanding orang lain.

Dia duduk di atas padang dan menangis ketika Korea Selatan tewas kepada Honduras pada peringkat suku akhir Olimpik 2016 di Brazil, satu keputusan yang mungkin masih meninggalk­an kesan kepada masa depan Son.

Menurut undang-undang di Korea Selatan, dia berhutang khidmat tentera selama 21 bulan dan bakal memulakan khidmat sebelum dia berusia 28 tahun.

Terdapat contoh bagi pemain bola sepak yang berjaya dan diberikan pengecuali­an, seperti kesnya pada 2002, apabila pasukan kebangsaan mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia, dan 2014, apabila mereka memenangi Sukan Asia.

Son tidak menjalani khidmat empat tahun lalu selepas Bayer Leverkusen enggan melepaskan­nya dan dilema itu mungkin akan dihadapi Tottenham apabila kejohanan yang sama berlangsun­g lagi di Indonesia pada Ogos.

Bagaimanap­un buat masa sekarang, Korea Selatan mahu Son menjalanka­n tugasnya di Rostov dalam perlawanan menentang Mexico, pasukan yang telah membuat kejutan terbesar setakat ini di Piala Dunia apabila mereka menewaskan Jerman.

Tekanan adalah ke atas Son untuk menonjolka­n diri.

“Apabila dia bermain untuk pasukan kebangsaan, pasukan lawan fokus kepada usaha untuk menjaga Son Heungmin,” kata jurulatih Korea Selatan Shin Tae-yong pada bulan lepas.

“Saya rasa dia bermain dengan baik tetapi untuk menjadi pemain besar, dia perlu mengatasi halangan itu.” – AFP SOCHI: Bintang Jerman Sami Khedira kelmarin ketawa apabila seorang pemberita Sweden menawarkan penerbanga­n pulang awal kepada juara bertahan itu sebelum perlawanan mereka yang penting dalam kejohanan Piala Dunia.

Juara bertahan Jerman akan menerima tekanan yang kuat dalam perlawanan Kumpulan F itu di Sochi pada awal pagi esok (jam 2.00 pagi Ahad) menentang Sweden selepas mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada Mexico dalam perlawanan pertamanya di kejohanan tersebut.

Pemain tengah Juventus itu tenang sahaja apabila seorang pemberita tabloid dari Sweden memberikan tiket pulang buatan sendiri untuk seluruh skuad Jerman.

“Saya rasa kami tidak memerlukan itu sehingga 16 Julai,” kata Khedira sambil tersenyum.

Perlawanan akhir Piala Dunia berlangsun­g di Moscow pada 15 Julai.

Pasukan Jerman amat serius sekali menjelang perlawanan menentang Sweden, kerana mereka tahu kekalahan bermakna mereka pulang pada hujung peringkat kumpulan.

Walaupun ada seruan untuk menggugurk­annya, Khedira menegaskan dia dapat menangani tekanan dan menguatkan bahagian tengah Jerman, yang didedahkan dengan ketara oleh pasukan Mexico.

Dua bekas bintang Jerman, Lothar Matthaeus dan Stefan Effenberg, berkata Khedira harus digugurkan selepas persembaha­nnya yang buruk.

“Saya tidak ada masalah langsung dengan perkara itu, saya dapat menerimany­a,” kata Khedira, yang merujuk kepada kritikan tersebut.

“Saya sendiri tahu saya tidak bermain dengan baik.”

Khedira sering terkeluar dari posisi di bahagian tengah apabila Mexico melakukan serangan balas di separuh masa pertama pada Ahad lepas.

“Kami perlu bermain dengan lebih pintar, bukan seperti budak sekolah, kami perlu bermain bersama,” katanya.

“Jika lubang sebesar lubang dalam perlawanan menentang Mexico, kita memerlukan Usain Bolt dan Carl Lewis untuk menutup lubang – dan kami bukan mereka,” katanya mengenai dirinya dan rakan di bahagian tengah Toni Kroos.

Jika ketua jurulatih Joachim Loew memilih untuk menggugurk­an Khedira dari kesebelasa­n utama, pemenang Piala Dunia 2014 itu dapat menerimany­a.

“Saya tidak ada masalah langsung dengan perkara itu. Ia bukan mengenai nama dan bermain dalam setiap perlawanan,” katanya.

Loew menyifatka­n Khedira sebagai “amat diperlukan” sebelum Piala Dunia bermula tetapi pemain tengah itu sedar mengenai kritikan yang dilemparka­n kepadanya dan Kroos daripada barisan pertahanan Jerman.

“Kita tidak harus membiarkan diri tertarik dengan situasi dan tidak mempedulik­an tugasan, hanya kerana ia amat menarik untuk pergi ke hadapan,” kata pemain pertahanan tengah Mats Hummels di Sochi dalam satu kritikan yang agak jelas.

Khedira tahu tumpuan akan diberikan kepadanya di Sochi tetapi memiliki pengalaman selepas 76 perlawanan antarabang­sa untuk menyahut cabaran.

“Kami menerima tekanan lebih awal daripada kebiasaan,” katanya. “Kami perlu menang, kami tidak ada ‘wild card’ – tidak ada bonus.” – AFP

 ??  ?? JAVIER HERNANDEZ SON HEUNG-MIN
JAVIER HERNANDEZ SON HEUNG-MIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia