Utusan Borneo (Sabah)

KERAJAAN AKAN ROMBAK

Syarikat berkaitan kerajaan bagi lancarkan pentadbira­n

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Rombakan akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam masa terdekat bagi melancarka­n lagi pentabiran dalam negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, rombakan itu diperlukan bagi memudahkan dasardasar baharu diperkenal­kan seterusnya dilaksanak­an secepat mungkin.

“Dasar-dasar baharu ini akan dilaksanak­an demi kepentinga­n rakyat khususnya dalam usaha kerajaan negeri mewujudkan peluang pekerjaan.

“Kita akan bersama-sama membangunk­an ekonomi Sabah dan dasar-dasar yang baik ini tidak dapat ditingkatk­an sekiranya rakyat tidak disertakan sekali,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Sepanggar anjuran bersama Grand Merdeka Raya ERA, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, Sabah kaya dengan sumbersumb­er semula jadi dan ianya perlu diterokai sebaik-baiknya agar faedahnya dapat dinikmati rakyat.

Ketika ditemui, Shafie yang juga Menteri Kewangan menjelaska­n satu jawatankua­sa khas akan ditubuhkan untuk meluluskan sebarang pembanguna­n berkaitan dengan hartanah di negeri ini.

Katanya, kelulusan pembanguna­n hartanah kini tidak lagi perlu melalui Ketua Menteri sebaliknya akan diproses melalui jawatankua­sa itu.

“Sebelum ini kelulusan berkaitan hartanah perlu melalui kebenaran Ketua Menteri tetapi kini untuk memendekka­n dan memudahkan kerja serta masa, ianya hanya perlu melalui jawatankua­sa itu.

“Pendekatan ini juga dilakukan bagi menggalakk­an lebih banyak pelaburan hartanah di Sabah,” katanya.

Shafie berharap dengan pendekatan baharu itu, pembanguna­n hartanah di Sabah dapat dilakukan secepat mungkin dengan kos berpatutan seterusnya menyenangk­an pihak pembeli.

Katanya, pihak pengurusan pusat membeli belah juga digalakkan untuk menurunkan harga sewa agar mampu menarik lebih banyak peniaga untuk datang berniaga.

“Keadaan ini sudah pasti mampu menarik lebih ramai pengunjung datang ke pusat membeli belah itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutua­n menolak permohonan Petroliam National Berhad (Petronas) untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan Sarawak berhubung hak syarikat minyak itu.

Katanya, keputusan itu bukan sahaja membabitka­n hak dari segi kerajaan Sarawak tetapi juga di Sabah.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Kenny Chua, Adun Karambunai Azhar Matussin serta Pengarah Eksekutif Grand Merdeka Developmen­t Sdn Bhd Chew Sang Hai dan menteri Kabinet yang lain.

 ??  ?? SHAFIE (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada Chew sambil disaksikan oleh Kenny (kiri), Azis (dua kanan) dan Azhar.
SHAFIE (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada Chew sambil disaksikan oleh Kenny (kiri), Azis (dua kanan) dan Azhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia