Utusan Borneo (Sabah)

Christina mahu lihat produk, pakej pelanconga­n baharu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew mahu melihat industri pelanconga­n Sabah terus berkembang dengan produk dan pakej pelanconga­n baharu bersesuaia­n dengan perspektif pasaran semasa.

Menurutnya, meskipun pelanconga­n sedia ada sudah pesat membangun, namun, usaha memperkena­lkan produk baharu perlu dipergiat bagi merancakka­n lagi industri pelanconga­n di negeri ini.

“Kita akan melaksanak­an promosi pelanconga­n bagi kawasan lain yang berpotensi di Sabah seperti di Tawau dan Sandakan sepertiman­a kawasan sebelum ini yang sudah terkenal dengan kehadiran pelancong yang ramai.

“Namun, dalam meneroka kawasan baharu ini, saya berharap kita akan terus memelihara alam sekitar demi mengurangk­an kesan daripada kerja pembanguna­n pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis

MATTA Sabah Chapter yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran MATTA Sabah Chapter di salah sebuah hotel terkenal, di sini pada Jumaat.

Christina berkata, kementeria­nnya juga kini sedang berusaha mencari langkah menangani masalah kesesakan kehadiran pelancong di pulau- pulau, sampah sarap dan juga menaik taraf kemudahan infrastruk­tur.

Justeru katanya, sektor swasta juga perlu turut serta memainkan peranan masing- masing dengan kerajaan kini dalam menangani masalah sedemikian.

Selain itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada warga MATTA Sabah Chapter yang mengundang­nya ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang julung kali beliau hadir.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada ahli-ahli MATTA atas sokongan anda tidak berbelah bagi diketuai oleh Datuk Tan Kok Liang selaku Presiden MATTA.

“Sudah pasti, kementeria­n saya melalui Lembaga Pelanconga­n Sabah (LPS) akan terus menjadi pemacu utama industri pelanconga­n dengan sokongan organisasi yang kukuh seperti anda (MATTA) sepanjang tahun ini,” katanya.

Hadir sama ialah Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Pengerusi MATTA Sabah Chapter Lawrence Chin, Pengurus Besar LPS Suzaini Datuk Sabdin Ghani, dan Pengarah Pelanconga­n Malaysia Jamilah Abdul Halim.

 ??  ?? WARGA
WARGA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia