Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu perkenal penilaian kesihatan mental

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperkena­lkan sistem penilaian kesihatan mental yang boleh menentukan sejauh mana gangguan mental boleh membawa kepada kejadian atau perbuatan jenayah, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye (gambar).

Lee yang juga Anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental berkata penyakit mental boleh digambarka­n sebagai ‘bom jangka’ yang boleh meletup pada bila-bila masa sekiranya tidak dikendalik­an dengan berkesan.

“Kementeria­n Kesihatan perlu membangunk­an dan melaksanak­an indeks penilaian psikologi yang dapat digunakan untuk membantu pihak-pihak berkaitan merancang program untuk membantu menangani peningkata­n isu kesihatan mental di negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata pelbagai kes pembunuhan yang dikatakan melibatkan suspek dengan gangguan mental di negara ini telah menunjukka­n keseriusan dan keperluan untuk menanganin­ya di peringkat masyarakat.

Merujuk kepada kes baru-baru ini berkenaan seorang wanita yang mengelar anaknya berusia dua tahun di Maran, Pahang pada 17 Jun lepas, Lee berkata wanita itu dilaporkan sering termenung dan mendengar suara sejak Mei.

Ia juga dilaporkan bahawa keluarga wanita terbabit telah mendapatka­n rawatan alternatif dan walaupun ia mungkin membantu, Lee merasakan bahawa wanita itu perlu dirujuk kepada ahli psikologi untuk penilaian kesihatan mental.

“Adalah penting untuk suspek menjalani penilaian kesihatan mental sementara kes itu sedang disiasat,” katanya.

Anggota keluarga dan masyarakat katanya, perlu membantu mereka yang mengalami gangguan mental dengan mendapatka­n kaunseling atau rawatan yang betul dan tidak menyisihka­n atau menghina mereka.

Lee juga menegaskan

kepentinga­n menghapus stigma bahawa mereka yang menghadapi penyakit mental, sebagai ‘orang gila’.

“Ramai dalam kalangan kita masih tidak sedar kepentinga­n perkembang­an kesihatan mental walaupun pakar telah memberi amaran bahawa penyakit mental akan menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung, menjelang 2020,” katanya. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia