Utusan Borneo (Sabah)

Teroka lebih luas pemasaran, perniagaan

Bagi meningkatk­an promosi produk dan perkhidmat­an

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pengusaha syarikat perniagaan tempatan disaran meneroka lebih meluas dalam bidang pemasaran dan perniagaan bagi meningkatk­an promosi produk dan perkhidmat­an, selain menambah peluang rangkaian domestik dan antarabang­sa.

KetuaMente­riSabahDat­uk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, peluang menambah pasaran dalam ekonomi global dan domestik akan terlaksana, sekiranya banyak syarikat perniagaan mahir dalam kaedah pemasaran melalui jalinan hubungan baik antara mereka.

“Misalnya, mereka (ahli perniagaan) boleh mengambil peluang untuk turut serta dalam pelbagai anugerah seperti Anugerah Perniagaan Platinum yang sudah dianjurkan sejak 2002 lagi oleh ahli Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Sabag (SME) Asean.

“Difahamkan penganjura­n majlis berprestij ini adalah langkah terbaik untuk meningkatk­an peluang pemasaran dan perniagaan antara mereka selain menjana pertumbuha­n dinamik bagi fasa global dan serantau,” katanya ketika merasmikan Siri Jelajah Majlis Pelancaran Anugerah Perniagaan Platinum 2018, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Industri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Shafie yang juga Menteri Kewangan berkata, majlis anugerah itu adalah satu pencapaian yang boleh dibanggaka­n kerana ia

“Peluang menambah pasaran dalam ekonomi global dan domestik akan terlaksana, sekiranya banyak syarikat perniagaan mahir dalam kaedah pemasaran melalui jalinan hubungan baik mereka.” antara DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri Sabah

mampu menjadi pemangkin kepada ahli-ahli yang terlibat selain daripada merancang pertumbuha­n ekonomi yang memberangs­angkan.

Selain itu katanya, peluang untuk terlibat dalam acara sedemikian juga adalah satu bentuk penghargaa­n yang pastinya mampu memacu perubahan positif dan lebih mantapbagi­sektorpern­iagaan di rantau ini.

Sementara itu, Presiden SME Sabah, Foo Ngee Kee turut menzahirka­n harapan untuk memperoleh keahlian yang lebih ramai bagi persatuan itu bagi tahun ini.

Beliau juga mengharapk­an agar perkembang­an SME akan mampu menjana sekaligus memberi impak positif dalam perkembang­an di Sabah.

“Sehingga kini, kami sentiasa melihat peluang untuk menerima dan menambah keahlian dalam persatuan SME dan kami juga mengalu-alukan ahliahli baru yang berada di luar Kota Kinabalu.

“SME Sabah juga adalah ahli cawangan yang bekerjasam­a erat dengan SME Malaysia yang ditubuhkan sejak 1995 dan kami ingin menghasilk­an jalinan kerjasama yang berterusan yang mampu membawa manfaat kepada semua ahli,” katanya.

Terdahulu, siri Jelajah Anugerah Perniagaan Platinum adalah julung kali diadakan di Kota Kinabalu dan sehingga kini seramai 50 ahli SME terlibat.

Tahun lalu, Anugerah berprestij yang sudah memasuki tahun ke-16 itu mendapat penyertaan seramai empat orang dari Sabah dan tiga daripadany­a masing- masing berjaya memenangi anugerah.

Manakala, tahun ini sebanyak 19 kategori dipertandi­ngkan yang dibuka untuk semua ahli SME dan tarikh tutup penerimaan penyertaan adalah pada 15 Julai depan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Nasional SME Malaysia Ong Chee Tat, Pengerusi Penganjur Anugerah Perniagaan Platinum 2018 Chey Onn Wah, Presiden Kehormat Kekal SME Malaysia Datuk Frankie Liew Chun Kim, dan Penasihat Kekal SME Sabah Datuk Henry Hing Chi Chiang.

 ??  ?? FOO (tiga, kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Wilfred selepas menyempurn­akan upacara perasmian Siri Jelajah Anugerah Perniagaan Platinum 2018.
FOO (tiga, kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Wilfred selepas menyempurn­akan upacara perasmian Siri Jelajah Anugerah Perniagaan Platinum 2018.
 ??  ?? WIFRED (dua, kanan) bersalaman dan beramah mesra dengan ahli SME yang hadir pada majlis berkenaan.
WIFRED (dua, kanan) bersalaman dan beramah mesra dengan ahli SME yang hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia