Utusan Borneo (Sabah)

‘Masih Ada Yang Sayang’

120 keluarga murid SK Kapayan kurang mampu terima bantuan Aidilfitri

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Seramai 120 keluarga pelajar kurang berkemampu­an dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kapayan menerima bantuan Aidilfitri.

Mereka menerima bantuan berupa duit raya daripada Pusat Zakat Negeri Sabah (PZNS) dan barang keperluan asas yang disumbangk­an Sazarice dan Badan Amal Pertubuhan Kebajikand­anPembangu­nan Masyarakat Anak Sabah (MAS), ibu bapa pelajar dan individu.

Sumbangan di bawah Program ‘Masih Ada Yang Sayang’ ini meningkat daripada para penderma sekaligus usaha murni pihak sekolah membantu meringanka­n beban muridnya yang tidak bernasib baik tercapai.

Guru Besar SK Kapayan Hambali Haji Suhib ketika ditemui di Kapayan melahirkan rasa syukur kerana program yang diusulkan oleh pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mendapat sokongan daripada Mas di bawah presidenny­a Suhaimi Buang dan berharap program ini akan terus mendapat sokongan dan menjadi aktiviti tahunan.

Sementara Suhaimi yang ditemui berkata, pihaknya (Mas) akan sentiasa membuat kerja-kerja kebajikan terutama dalam membantu masyarakat yang memerlukan di negeri ini.

“Kami akan sentiasa memantau dan membatu kerajaan yang ada sekarang ini,” tegasnya. Seramai 20 ahli Mas turut hadir pada program itu.

Untuk program kali ini pihak Mas menyumbang­kan barang keperluan termasuk 102 kampet beras lima kilogram Sazarice dan hasil kutipan kerjasama ahli-ahli Mas.

Dalam pada itu, para penerima yang ditemui berharap program murni itu akan diteruskan pada masamasa akan datang.

Nadia Jacob, berkata sumbangan yang diterima dapatmemba­ntuserbase­dikit persiapan keluargany­a.

Sebanyak tiga buah rumah telah diziarahi iaitu rumah keluarga Al-Sadat di Kg. Ganang, keluarga Demenik di Kapayan Ridge dan keluarga Anwar di Kapayan.

Dalam pada itu Suhaimi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli Mas yang telah memberikan sumbangan untuk disampaika­n dalam program berkenaan.

“Program yang diusulkan oleh pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mendapat sokongan daripada Mas di bawah presidenny­a Suhaimi Buang dan berharap program ini akan terus mendapat tahunan.” sokongan dan menjadi aktiviti HAMBALI HAJI SUHIB, Guru Besar SK Kapayan

 ??  ?? Gambar atas SUHAIMI dan ahli Mas merakamkan kenangan bersama guru dan PIBG SK Kapayan.
AHLI-
Gambar atas SUHAIMI dan ahli Mas merakamkan kenangan bersama guru dan PIBG SK Kapayan. AHLI-
 ??  ?? USTAZ Kharizal membaca doa sebelum memulakan lawatan ke rumah penerima.
USTAZ Kharizal membaca doa sebelum memulakan lawatan ke rumah penerima.
 ??  ?? HAMBALI (dua kiri) memberikan penerangan sebelum memulakan lawatan ke rumah penerima.
HAMBALI (dua kiri) memberikan penerangan sebelum memulakan lawatan ke rumah penerima.
 ??  ?? SINGGAH SAHUR: Sempena hujung bulan Ramadan al Mubarak lalu, serombonga­n 20 ahli Badan Amal Pertubuhan Kebajikan dan Pembanguna­n Masyarakat Anak Sabah (MAS) Tawau diketuai oleh Aditiar Mahmuddin telah menyerahka­n sumbangan berupa 40 bungkus makanan...
SINGGAH SAHUR: Sempena hujung bulan Ramadan al Mubarak lalu, serombonga­n 20 ahli Badan Amal Pertubuhan Kebajikan dan Pembanguna­n Masyarakat Anak Sabah (MAS) Tawau diketuai oleh Aditiar Mahmuddin telah menyerahka­n sumbangan berupa 40 bungkus makanan...
 ??  ?? Gambar kiri ahli Mas mengangkat sumbangan beras untuk diserahkan kepada pihak sekolah.
Gambar kiri ahli Mas mengangkat sumbangan beras untuk diserahkan kepada pihak sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia