Utusan Borneo (Sabah)

10,000 penduduk Sepanggar hadir dalam rumah terbuka

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Cuaca hujan tidak menghalang kirakira 10,000 masyarakat dari sekitar Parlimen Sepanggar hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Sepanggar anjuran bersama Grand Merdeka Raya ERA, di sini pada Sabtu.

Majlis itu mula dipenuhi rakyat Sepanggar seawal jam 8.30 pagi sehinggala­h waktu tengahari.

Sebanyak 11 khemah dibuka bagi menyediaka­n pelbagai jenis juadah Hari Raya kepada orang ramai.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuib, Timbalan Ketua Menteri Christina Liew, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang, Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Kenny Chua, Adun Karambunai Azhar Matussin, Bekas Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris, Pengarah Eksekutif Grand Merdeka Developmen­t Sdn Bhd Chew Sang Hai serta tetamu kehormat yang lain.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada rakyat Sepanggar kerana memberikan mandat kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan itu.

“Saya berterima kasih kepada rakyat di sini kerana menyokong Warisan dan PKR sehingga kita menang di sini.

“Saya percaya dengan kemenangan ini, kita akan memikul tanggungja­wab besar seperti mana diharapkan rakyat,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di majlis itu.
SHAFIE bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di majlis itu.
 ??  ?? Gambar atas MADIUS (tengah), Azhar (dua kiri) dan Pegawai Khas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Koh Kian Leong (dua kanan) merakamkan gambar kenangan.
Gambar atas MADIUS (tengah), Azhar (dua kiri) dan Pegawai Khas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Koh Kian Leong (dua kanan) merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? Gambar kanan ANTARA pengunjung yang hadir dalam majlis itu.
Gambar kanan ANTARA pengunjung yang hadir dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia