Utusan Borneo (Sabah)

Derma, ambil barang percuma pupuk budaya berkongsi

-

ALOR SETAR: Beri barang ikut kemampuan dan ambil ikut keperluan. Itu budaya yang cuba dipupuk dalam kalangan masyarakat Kedah dengan kewujudan pusat pengumpula­n barang percuma ‘Baju For Free’ (BFF) sejak tiga tahun lepas.

Pengasas BFF Datuk Suraya Yaacob berkata penubuhan BFF atas inisiatif bersama rakan rakannya yang ingin menjalanka­n program kebajikan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendermaka­n pakaian kepada golongan memerlukan.

“Sebelum ini, kami hanya fokus kepada pakaian percuma tetapi kini kita buka sekiranya ada yang ingin menyumbang­kan barangan lain seperti aksesori, dekorasi hiasan rumah, permainan kanak-kanak, alat elektronik, alat tulis dan bahan bacaan.

“Kalau ada barang yang tidak digunakan lagi dan masih elok bolehlah hantar ke pusat kami,” katanya kepada Bernama.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Pendangitu­berkataden­gancara itu dapat memupuk semangat dan sifat suka bersedekah selain membudayak­an diri untuk berkongsi rezeki antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat .

“Banyak negara luar yang sudah wujudkan konsep seperti ini contohnya mereka letak bekalan makanan atau pakaian di sebuah premis bagi membolehka­n golongan kurang bernasib baik datang. Jadi, kalau negara luar boleh buat kenapa tidak kita.

“Apa yang lagi penting ialah konsep ini dapat mengelakka­n pembaziran dan longgokan barangan di tempat pelupusan sampah daripada berlaku kerana masyarakat boleh saling bertukar-tukar barangan yang mereka perlukan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia