Utusan Borneo (Sabah)

Adun ambil inisiatif turun padang bersihkan pantai Terengganu

-

KUALA TERENGGANU:Terengganu terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan indah, sekali gus sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong tempatan dan asing untuk beriadah dan berkunjung ke negeri itu.

Pemandanga­n indah yang dijanjikan itu, bagaimanap­un seringkali dicemari dengan sampah sarap, sisa makanan serta kotoran yang ditinggalk­an pengunjung yang kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan begitu sahaja tanpa membuangny­a di dalam tong sampah atau kawasan yang disediakan.

Malah tinjauan Bernama di Pantai Kuala Ibai mendapati ada antara pengunjung yang sengaja meninggalk­an lampin pakai buang bayi mereka merata-rata tanpa membuangny­a di dalam tong sampah yang disediakan.

Nor Akhmar Mohd Dagang, 37, berkata sikap kurang prihatin untuk sama-sama menjaga alam sekitar dalam kalangan pengunjung tempatan terutamany­a, menjadi antara faktor utama berlaku situasi begitu.

“Mari pantai balik nanti bersepah juga dengan botol air, plastik dan pampers (lampin pakai buang). Kalau sediakan tong sampah banyak pun tak guna juga jika kesedaran sivik individu sendiri kurang,” katanya.

Penjawat awam itu berkata perkara tersebut dapat dibendung sekiranya orang ramai sedar mengenai tanggungja­wab bersama-sama membantu pihak berkaitan menjaga kebersihan alam sekitar, terutamany­a pantai agar tidak dicemari dengan sampah sarap.

Bagi peniaga, Asrol Hisyam Mohd Alias, 37, berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menyediaka­n tong sampah dengan lebih banyak bagi memudahkan pengunjung membuang sampah di tempat disediakan.

“Bagaimanap­un masing-masing perlu mengambil tanggungja­wab menjaga kebersihan pantai dan kesedaran mengenai perkara ini perlu diterapkan dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim berkata budaya membuang sampah di pantai yang dihadapi sejak sekian lama perlu diperbetul­kan.

Justeru, beliau bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Ahmad Shah Mohamed dan Wakaf Mempelam Wan Sukairi Wan Abdullah mengambil inisiatif turun padang mengutip sampah bersama orang ramai di pantai itu sebagai langkah untuk memupuk budaya menjaga kebersihan dalam kalangan pengunjung.

“Apa yang kita buat ini adalah langkah awal dan mesej ini akan sampaikan kepada rakyat, sekali gus memberi kesedaran berkaitan kebersihan kepada mereka sejajar dengan ajaran Islam yang pentingkan kebersihan,” katanya.

Menerusi program selama sejam yang berjaya mengumpul sampah hingga enam plastik itu, pengunjung turut diberikan plastik sampah bagi memastikan sisa makanan serta sampah sarap dibawa pulang atau dibuang dalam tong sampah yang disediakan di sekitar kawasan pelanconga­n itu.- Bernama

 ??  ?? WAN Sukairi (kanan) turut sama turun padang mengutip sampah sarap yang ditinggalk­an oleh segelintir pengunjung yang beriadah pada waktu petang ketika tinjauan di Pantai Kuala Ibai.
WAN Sukairi (kanan) turut sama turun padang mengutip sampah sarap yang ditinggalk­an oleh segelintir pengunjung yang beriadah pada waktu petang ketika tinjauan di Pantai Kuala Ibai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia