Utusan Borneo (Sabah)

Persidanga­n khas Ogos ini

Bincang isu KWSP suri rumah

-

KUANTAN: Persidanga­n khas akan diadakan pada minggu kedua Ogos ini bagi memperhalu­si isu berhubung cadangan pelaksanaa­n caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata beberapa agensi dan jabatan kerajaan berkaitan akan menyertai persidanga­n khas itu bagi mengkaji dengan teliti aspek teknikal yang menjadi menghalang pelaksanaa­n cadangan itu sebelum ini.

“KWSP, Pertubuhan Keselamata­n Sosial Malaysia (Perkeso) serta jabatan yang berkaitan akan berbincang dan mencari jalan terbaik bagaimana hendak melaksanak­annya, memang ada beberapa isu teknikal seperti Seksyen 51 Akta KWSP dan Akta Kerja 1955 yang menjadi kekangan dalam hal ini.

“Selain itu kita akan kaji cara untuk tangani Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang tidak membenarka­n caruman daripada ahlinya dipindahka­n dan kita akan minta pandangan Kementeria­n Kewangan kerana pelaksanaa­nya juga melibatkan dana kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian padasidang­mediaberse­mpena program Lawatan Turun Padang Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, di sini, pada Sabtu yang juga lawatan kali pertama Dr Wan Azizah ke Pahang selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Fazari Salleh.

Peruntukan di bawah Seksyen 51 Akta KWSP menyatakan tiada amaun yang boleh diserahkan, dipindahka­n, kena ditahan, disekueste­rkan, dilevikan ke atasnya, bagi, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan apa jua pun.

Malah Pegawai Pemegang Harta tidaklah berhak kepada

“KWSP, Pertubuhan Keselamata­n Sosial Malaysia (Perkeso) serta jabatan yang berkaitan akan berbincang dan mencari jalan terbaik bagaimana hendak melaksanak­annya, memang ada beberapa isu teknikal seperti Seksyen 51 Akta KWSP dan Akta ” Kerja 1955 yang menjadi kekangan dalam hal ini. DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Timbalan Perdana Menteri

BERNAMA atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa jumlah wang atau amaun.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menzahirka­n kebimbanga­n dengan masalah penyakit mental di negara ini yang kurang mendapat perhatian sedangkan ia merupakan satu perkara serius.

“Masalah ini perlu diketengah­kan serta diberi perhatian yang serius, jangan hanya apabila berlaku sesuatu tragedi sehingga mengorbank­an nyawa termasuk kanak-kanak, baru kita nak bertindak.

“Kita perlu atasinya daripada peringkat akat umbi lagi dan beberapa kementeria­n yang berkenaan termasuk Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Perumahan perlu bekerjasam­a kerana persekitar­an juga menjadi penyumbang kepada masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes seorang ibu yang mengelar leher anaknya lelakinya berusia 19 bulan yang berlaku di Felda Jengka 13, Maran baru-baru yang dipercayai berpunca daripada masalah kemurungan.

Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang terkini melaporkan setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 menderita pelbagai isu kesihatan mental dan ia dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar rakyat di negara ini selepas penyakit jantung.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah berkata berdasarka­n statistik JabatanKeb­ajikanMasy­arakat (JKM), bilangan kes penganiaya­an dan penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan meningkat hampir setiap tahun.

Katanya terdapat 4,453 kes bagi tahun 2015 dan jumlah itu meningkat sebanyak 529 kes kepada 4,982 kes pada tahun 2016 dan pada tahun lepas sahaja sebanyak 5,422 kes telah dilaporkan berlaku.

“Penganiaya­an dan penderaan kanak-kanak perlu dilihat sebagai pelanggara­n hak kanak-kanak dan menjadi tanggungaw­ab semua untuk membendung­nya daripada terus berlaku demi kepentinga­n dan keselamata­n mereka pada setiap masa,”katanya. - Bernama

 ?? - Gambar ?? WAN Azizah merangkap Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga beramah mesra dengan penghuni ketika menyampaik­an sumbangan ketika lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom pada Sabtu.
- Gambar WAN Azizah merangkap Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga beramah mesra dengan penghuni ketika menyampaik­an sumbangan ketika lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia