Utusan Borneo (Sabah)

Debat calon presiden Umno, medan pamer hala tuju parti: Khairy

-

SEREMBAN: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) berkata ‘Debat Presiden Umno’ adalah ruang untuk calon mengetenga­hkan idea mereka dalam menentukan hala tuju Umno, bukan medan menyerang satu sama lain.

Sehubungan itu katanya semua yang terlibat perlu mengambil sikap positif dan memberi peluang kepada anggota parti untuk menilai calon-calon yang bertanding.

“… kalau kita dapat meyakinkan mereka dalam perbincang­an yang bakal diadakan, saya yakin ia akan memberi impak yang positif,” katanya kepada pemberita selepas Persidanga­n Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau di sini, pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan Ketua Umno Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan dan dihadiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Datuk Dr Awaluddin Said dan ADUN Chembong Datuk Zaiful Bahri Idris.

Mengulas lanjut, Khairy berkata Umno memerlukan pemimpin yang dapat memberikan imej baharu kepada parti.

Dua lagi calon presiden iaitu Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan wakil rakyat Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dijangka muncul pada program debat tersebut yang dijadualka­n berlangsun­g pada 9.30 malam, 29 Jun ini.

Sementara itu, Mohamad berkata sekarang adalah masa untuk Umno menyusun strategi bagi memulihkan parti dan mencari

jalan menguatkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata sekarang juga bukan masa untuk parti komponen BN menuding jari menyalahka­n satu sama lain berhubung kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 bulan lepas, sebaliknya menilai parti masing-masing dan mencari jalan membaiki kelemahan.

Persidanga­n Perwakilan Umno Rembau menyaksika­n Khairy menang tanpa bertanding sekali gus mengekalka­n jawatan yang disandang manakala Mohamad yang mempertaha­nkan jawatannya dicabar bekas ADUN Chembong Datuk Rais Zainuddin.

Bagi jawatan Ketua Puteri Umno Rembau, Anggota Jawatankua­sanya Nurulhuda Mohd Nor dipilih menggantik­an Zuliana Mohd Ridzuan yang telah melebihi had umur manakala Siti Arpah Mohd Dom memenangi jawatan Ketua Wanita Umno Rembau tanpa bertanding.

Jawatan Ketua Pemuda Umno Rembau menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Penolong Setiausaha­nya Suhaimi Aini, Mohd Hanafi Mohd Taib dan Muhamad Khalid Sakimin. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia