Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan N. Sembilan beri perhatian serius industri pelanconga­n

-

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memberi perhatian serius kepada industri pelanconga­n kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negeri, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau berkata pelbagai langkah serta pendekatan akan diambil dalam usaha merancakka­n semula industri pelanconga­n di negeri ini.

“Kerajaan negeri meletakkan sektor pelanconga­n satu perkara yang penting dan usaha menarik kedatangan ramai pelancong ke negeri ini akan terus dipergiatk­an. Jika dilihat sejak kebelakang­an ini, sektor pelanconga­n di negeri ini didapati ‘merosot’ dan ini adalah satu kerugian yang tidak harus dibiarkan.

“Oleh itu, usaha akan segera dilakukan untuk memastikan industri pelanconga­n digerakkan dengan lebih aktif dan tersusun. Pelanconga­n di negeri ini bukan hanya tertumpu di pantai peranginan Port Dickson sahaja,tetapiterd­apatbanyak produk pelanconga­n yang harus diterokai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri 2018 anjuran Persatuan Pelanconga­n Negeri Sembilan (NSTA) di Starfresh Agropark di sini, pada Sabtu yang turut dihadiri Pengerusi NSTA Alex Chin Lip Fatt dan Pengerusi Persatuan EjenEjen Pelanconga­n Dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Negeri Sembilan Mohd. Azri Abd. Razak.

Mengulas lanjut, beliau berkata produk pelanconga­n yang terdapat di negeri ini sebenarnya tidak dipromosik­an dengan betul dan baik.

“Masalahnya kita kurang promosi dan teroka produk pelanconga­n yang terdapat di negeri ini yang akhirnya kita rugi, sedangkan kita berhampira­n Kuala Lumpur. Ini menyebabka­n ramai pelancong yang hanya ‘lalu’ saja dan tidak singgah ke sini. Ini yang harus kita lihat dan bagaimana untuk meningkatk­an kedatangan ramai pelancong ke Negeri Sembilan.

“Kitaharusm­elihatbaha­wa promosi itu penting... Kalau kita tidak boleh jual produk, kita akan gagal. Inilah yang harus ada dalam diri semua pihak yang terlibat dalam pelanconga­n. Ini perkara yang harus kita tumpukan untuk pastikan bahawa kita akan terus melangkah jauh selepas ini,” katanya.

Aminuddin berkata beliau juga merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan penggiat industri pelanconga­n bagi membincang­kan hala tuju pelanconga­n di negeri ini selain menyusun pelan dan strategi baharu bagi memajukan lagi industri pelanconga­n. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia