Utusan Borneo (Sabah)

Kem baharu untuk pendatang haram di AS

-

WASHINGTON: Pihak Tentera Laut AS merancang untuk membina pusat tahanan bagi puluhan ribu pendatang di beberapa pangkalan terpencil sebagai sokongan terhadap polisi tiada toleransi Presiden Donald Trump terhadap migrasi yang tidak mematuhi undang-undang, menurut laporan kelmarin.

Menurut rangka memo yang diperolehi majalah Time, pihak tentera laut merancang untuk membina bandar khemah sementara dan sederhana bagi menempatka­n 25,000 pendatang dari tiga pangkalan udara terbiar di Alabama, 47,000 di sebuah fasiliti berhampira­n San Francisco, dan seramai 47,000 lagi di sebuah pusat latihan di selatan California.

Dokumen itu menganggar­kan pihak tentera laut akan membelanja­kan AS$233 juta bagi menguruska­n pusat bagi 25,000 orang itu selama enam bulan.

Ditanya tentang komen, jurucakap Pentagon leftenan Kolonel Jamie Davis menyatakan: “Jabatan Pertahanan sedang melakukan perancanga­n teliti dan sedang mencari di seluruh negara bagi bangunan DoD yang diminta oleh DHS (Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri) bagi bantuan untuk menempatka­n pendatang haram dewasa.

“Pada masa ini tiada permintaan daripada pihak DHS untuk bantuan DoD bagi menempatka­n pendatang haram.”

Nasib 2,300 kanak-kanak yang terpisah daripada ibu bapa mereka di sempadan AS dengan Mexico masih belum jelas kelmarin, dua hari selepas Donald Trump menghentik­an pemisahan keluarga pendatang.

Ketika pemimpin AS tunduk kepada kemarahan global mengenai tindakan memisahkan keluarga, ucapan-ucapan berunsur konflik telah dilakukan bagi satu keadaan tegang dalam menguruska­n krisis berkenaan.

Namun dalam keadaan dipaksa bagi kejatuhan, Trump telah bangkit semula dalam tentangan, menegaskan beliau masih komited untuk polisi tiada tolak ansur yang bertujuan untuk menghalang aliran pendatang dari Amerika Tengah.

“Kita harus mengekalka­n satu sempadan selatan yang kuat.

“Kita tidak boleh membenarka­n negara kita dikuasai pendatang haram ketika pihak Demokrat menyatakan cerita palsu mereka tentang kesedihan dan penderitaa­n, mengharapk­an ia akan membantu mereka di dalam pilihan raya,” nyata beliau di dalam Twitter.

Trump turut bertemu di Rumah Putih ibu bapa kepada mangsa yang dibunuh pendatang tanpa dokumen.

Ibu bapa tersebut berdiri di samping Trump telah dipisahkan selama-lamanya daripada orang tersayang mereka, menurut presiden tersebut, kerana mereka telah dibunuh pendatang asing yang jahat. — AFP

 ??  ?? TRUMP
bercakap semasa acara bersama ‘Angel Families’ di Washington DC, kelmarin di mana beliau membincang­kan soal imigresen dengan ahli keluarga mangsa pendatang asing. — Gambar AFP
TRUMP bercakap semasa acara bersama ‘Angel Families’ di Washington DC, kelmarin di mana beliau membincang­kan soal imigresen dengan ahli keluarga mangsa pendatang asing. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia