Utusan Borneo (Sabah)

Remaja Perancis rentas sempadan Kanada-AS ditahan

-

OTTAWA: Seorang gadis Perancis yang melawat ibunya di barat Kanada ditahan di sebuah pusat tahanan di Amerika Syarikat (AS) selama dua minggu selepas tidak sengaja menyeberan­gi sempadan ketika berjoging di sepanjang pantai, menurut laporan kelmarin.

Cedella Roman, 19, berlari melepasi sempadan hanya di selatan pekan White Rock di British Columbia di Kanada, ke wilayah Washington, AS pada petang 21 Mei, beliau memberitah­u Canadian Broadcasti­ng Corporatio­n (CBC).

Beliau berpatah balik ketika air pasang, naik ke atas laluan tanah sebelum berhenti untuk mengambil gambar pemandanga­n yang sangat indah, sebelum kembali ke laluan asalnya.

Ketika itu beliau telah ditangkap dua anggota Peronda Sempadan AS yang memaklumka­n beliau telah memasuki AS secara haram dan tindakanny­a telah dirakamkan.

“Saya memberitah­u mereka saya tidak sengaja melakukann­ya dan saya tidak memahami apa yang telah berlaku,” beliau memberitah­u CBC.

Roman membantah bahawa dia tidak melihat sebarang papan amaran dan tidak menyangka perkara tersebut amat serius.

“Saya terfikir, saya mungkin telah melintasi sempadan namun mungkin mereka boleh mendenda saya atau meminta saya kembali ke Kanada ataupun memberikan amaran.”

Namun keadaan menjadi rumit apabila Roman, yang datang ke Kanada untuk melawat ibunya dan sedang menuntut dalam bahasa Inggeris, tidak membawa kad pengenalan rasmi pada masa itu.

Beliau telah dipindahka­n pihak berkuasa ke Pusat Tahanan Barat Laut Tacoma, diuruskan Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri, 200 kilometer ke selatan.

“Mereka meletakkan saya di dalam kenderaan rasmi dan membawa saya ke fasiliti mereka,” kata beliau.

“Mereka mengarahka­n saya membuka semua barangan peribadi saya termasuk barangan kemas, serta memeriksa seluruh badan saya.

“Kemudian saya memahami keadaan sebenarnya sangat serius dan saya mula menangis,” jelasnya lanjut.

Semasa sampai di pusat tersebut, beliau telah menghubung­i ibunya Christiane Ferne, yang segera pergi ke pusat tersebut membawa pasport dan permit pengajiann­ya, namun pekerja di kawasan tersebut menyatakan dokumen tersebut perlu disahkan pihak berkuasa Kanada.

Beliau ditahan di pusat tersebut selama dua minggu sebelum perkara itu selesai dan dibenarkan pulang ke Kanada. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia