Utusan Borneo (Sabah)

33 wanita hamil ditemui dalam serbuan ibu tumpang

-

PHNOM PENH: Seramai 33 wanita hamil dari Kemboja yang membawa bayi bagi pihak pelanggan dari China telah ditemui semasa serbuan ke atas operasi ibu tumpang komersial haram, menurut pihak polis semalam.

Lima termasuk seorang pengurus dari China, ditangkap dalam serbuan di dua apartmen di bandar utama Kemboja, Phnom Penh, menurut pihak polis.

Kemboja telah menjadi destinasi antarabang­sa terkenal untuk pasangan mandul yang ingin mempunyai bayi melalui penggantia­n kehamilan komersial walaupun ia telah diharamkan pada 2016.

Keo Thea, pengarah pejabat antipenyel­udupan di Phnom Penh, memberitah­u semalam bahawa lima termasuk empat wanita Kemboja dan pengurus lelaki dari China, ditangkap semasa serbuan polis pada Khamis lepas.

“Pihak berkuasa mendakwa mereka atas kesalahan penyeludup­an manusia dan menjadi perantara dalam kegiatan ibu tumpang,” menurut Keo Thea.

Kesemua wanita hamil tersebut tidak akan didakwa buat masa sekarang, kata beliau.

“Mereka mengandung­kan bayi untuk rakyat China,” jelas beliau, sambil menambah bahawa setiap wanita itu dijanjikan AS$10,000 bagi perkhidmat­an tersebut.

Sebaik sahaja seorang wanita itu hamil, beliau akan menerima AS$500, selain dibayar AS$300 sebulan sehingga jumlah penuh $10,000 dibayar, menurut Keo Thea.

Keo Thea menyatakan operasi kehamilan tumpang telah memberikan 20 bayi kepada pelanggan di China.

“Beberapa bayi dilahirkan di China dan beberapa lagi dilahirkan di Kemboja,” kata Keo Thea.

Beberapa klinik yang terdapat di Asia semakin banyak menyasari China, di mana pegawai kesihatan menganggar­kan 90 juta pasangan layak untuk mempunyai seorang anak kedua selepas polisi seorang anak selama beberapa dekad diringanka­n pada 2015.

Tiada anggaran rasmi mengenai jumlah bayi China yang dilahirkan ibu tumpang, namun pihak media menyatakan ia telah melebihi 10,000 setiap tahun.

Thailand dan India menyekat rakyat asing daripada menggunaka­n perkhidmat­an kehamilan tumpang komersial selepas siri keskes yang menimbulka­n kebimbanga­n eksploitas­i.

Thailand mengharamk­an amalan tersebut pada 2015 dan beberapa klinik Thai berpindah menyeberan­gi sempadan ke Kemboja sehingga kehamilan tumpang komersial diharamkan di sana pada tahun berikutnya. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia