Utusan Borneo (Sabah)

Sindiket judi dalam talian Vietnam dilumpuhka­n

-

HANOI: Pihak polis Vietnam telah membantera­s sebuah kumpulan perjudian bola sepak dalam talian bernilai kira-kira AS$26 juta, menahan empat orang ketika pihak berkuasa bertindak menghentik­an pertaruhan haram yang muncul ketika acara-acara sukan seperti Piala Dunia sedang berlangsun­g.

Perjudian haram di Vietnam melainkan loteri yang dijalankan kerajaan dan beberapa kasino yang hanya dibuka kepada rakyat asing.

Namun undang-undang dilanggar sepenuhnya, terutama semasa pertanding­an sukan peringkat tinggi di mana kaki judi menggunaka­n cara dalam talian atau ke pusat perjudian haram untuk mencuba nasib.

Empat orang telah ditangkap di Bandar Ho Chi Minh kelmarin, menurut laporan yang dikeluarka­n akhbar rasmi polis Cong An Nhan Dan.

Beberapa orang lagi turut diarahkan bagi soal siasat.

Suspek dikatakan mengakui menjalanka­n transaksi melalui sebuah laman sesawang yang berasal di Filipina.

“Sejak awal 2017, jumlah transaksi bagi kumpulan perjudian telah bernilai lebih 600 bilion dong,” lapor Televisyen Vietnam sambil menambah ribuan orang di sekitar Vietnam telah menggunaka­n perkhidmat­annya.

Di bawah kod jenayah Vietnam, sesiapa yang terlibat dalam perjudian atau menganjurk­an perjudian akan berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun.

Kerajaan telah bertindak meringanka­n sekatan, memperkena­lkan program peneraju pada 2017 yang akan membenarka­n taruhan pada jumlah terhad bagi perlawanan bola sepak antarabang­sa dan memperkena­lkan undang-undang pada awal bulan ini yang membenarka­n pertaruhan dikawal secara rasmi.

Namun pasaran haram masih mendominas­i ketika jumlah kecil dibenarkan untuk taruhan, AS$44 bagi setiap perlawanan, dilihat sebagai terlalu kecil oleh kaki judi tegar.

Pihak berkuasa di seluruh wilayah telah memperting­katkan selatan bagi pertaruhan sukan ketika Piala Dunia 2018 di Rusia membawa kepada satu peningkata­n dalam pertaruhan atas talian.

Thailand telah menahan lebih 2,500 suspek judi sejak 14 Jun hingga 20 Jun sebagai sebahagian tindakan yang dilaksanak­an, menurut jurucakap timbalan polis negara Krissana Pattanacha­roen.

Kebanyakan mereka yang ditangkap akan berdepan hukuman yang ditangguhk­an dan denda kecil, menurut pihak polis.

Di negara jiran Kemboja, Perdana Menteri Hun Sen memberitah­u dalam ucapan yang disiarkan secara langsung dalam laman Facebook beliau minggu ini agar tidak bertaruh untuk perlawanan kerana bola itu bulat dan tidak dapat diramalkan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia