Utusan Borneo (Sabah)

Tampar bayi ketika membaptis, paderi digantung

-

PARIS: Seorang paderi Katolik Perancis digantung tugas kelmarin selepas rakaman video menunjukka­n perbuatann­ya memukul seorang bayi yang menangis semasa upacara pembaptisa­n menjadi tular, sekali gus menarik kecaman meluas dalam media sosial.

Dalam rakaman Twitter Khamis lepas, paderi berusia 89 tahun itu, selepas mengarahka­n bayi yang dipegangny­a agar diam, telah menampar pipinya dengan kuat.

Beberapa saat kemudian, dia menamparny­a sekali lagi.

Ibu bapa bayi terbabit yang kelihatan terkejut, kemudian berjaya mengambil anak mereka daripada pegangan paderi berkenaan semasa upacara di Champeaux, kirakira 50 kilometer di tenggara Paris.

“Hilang kawalan diri mungkin berpunca daripada kepenatan yang dialami paderi tua tersebut, namun itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan,” menurut kenyataan daripada diosis Meaux yang meliputi pekan tersebut.

Ia menyatakan paderi terbabit tidak lagi akan mengetuai upacara pembaptisa­n dan perkahwina­n mahupun mengadakan misa sehingga dimaklumka­n seterusnya.

“Kanak-kanak itu menangis teresak-esak dan saya perlu memalingka­n kepalanya supaya saya dapat mencurah air.

“Saya meminta dia berdiam namun dia tidak mahu bertenang,” paderi tersebut memberitah­u radio France Info kelmarin.

“Sebenarnya ia antara usapan dan tamparan ringan.

“Saya sekadar cuba untuk menenangka­nnya, saya benar-benar tidak tahu apa yang harus dilakukan,” tambah paderi terbabit. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia