Utusan Borneo (Sabah)

Penyeludup punca kapal karam diberkas

-

TUNIS: Kelmarin Tunisia menyatakan ia telah menahan seorang penyeludup manusia yang disyaki menguruska­n pelayaran laut malang di mana 87 pendatang lemas setelah kapal nelayan yang dinaiki mereka karam gara-gara terlalu penuh.

Bot penuh membawa pendatang haram itu telah berlepas pada 2 Jun dari Tunisia menuju ke Eropah ketika tragedi itu berlaku.

Mangsa terselamat menyatakan terdapat sekurangku­rangnya 180 orang di dalam kapal ketika ia mula karam berhampira­n Kepulauan Kekennah di Tunisia luar pantai selatan Sfax.

Kementeria­n dalam negeri menyatakan sekurangku­rangnya 87 orang terkorban dalam tragedi tersebut, 66 daripadany­a rakyat Tunisia, 20 dari Afrika sub-Sahara dan seorang dari Libya, manakala 68 lagi berjaya diselamatk­an.

Operasi mencari mangsa hilang dan mayat mangsa lemas masih lagi dilakukan.

Jurucakap kementeria­n Sofiene Zaag kelmarin memberitah­u, dalang pelayaran tersebut telah ditangkap ketika cuba meninggalk­an Kerkennah dengan bersembuny­i di dalam but kereta.

Beliau menyatakan suspek berusia 32 tahun dari Kerkennah.

Berikutan nahas kapal tersebut, menteri dalam negeri Tunisia Lotfi Brahem dan 10 pegawai keselamata­n telah dipecat.

Kemalangan kapal pada 2 Jun salah satu tragedi paling teruk di Mediterran­ean sejak 2 Februari, di mana 90 lemas di luar pantai Libya, menurut Internatio­nal Organizati­on for Migration (IOM).

IOM menyatakan sekurang-kurangnya 112 maut semasa kapal nelayan itu karam.

Penduduk Tunisia dan pendatang lain sering kali cuba menyeberan­gi Mediterran­ean bagi mencari masa depan lebih baik di Eropah.

Hampir 6,000 pendatang telah cuba melakukan rentasan laut berbahaya dari Tunisia sejak awal tahun, menurut jurucakap bekas menteri dalam negeri Khlifa Chibani. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia