Utusan Borneo (Sabah)

Musa janji ulangi aksi terbaik bertemu Argentina Selasa ini

-

VOLGOGRAD: Ahmed Musa menjaringk­an dua gol cantik untuk membenam Iceland 2-0 kelmarin dan kemudian berjanji untuk melakukan perkara yang sama kepada Lionel Messi dan Argentina dalam perlawanan Kumpulan D pada Selasa ini.

Penyerang Leicester City itu, yang kini menjadi pemain pinjaman di CSKA Moscow, menjadi pemain Nigeria yang pertama menjaringk­an gol di dua kejohanan Piala Dunia apabila pasukan Super Eagles mencatatka­n kemenangan penting ke atas Iceland, yang gagal menjaringk­an satu tendangan penalti.

Dia menjaringk­an keduadua gol dalam kekalahan 3-2 Nigeria kepada Argentina pada peringkat kumpulan di Porto Alegre, Brazil, empat tahun lalu dan dia seronok sekali kerana mendapat peluang untuk melakukann­ya sekali lagi.

Namun kali ini dia harap ia akan menyingkir­kan pasukan dari Amerika Selatan itu.

“Saya rasa menjaringk­an gol ke atas Argentina tidak begitu sukar bagi saya,” katanya sambil tersenyum selepas mempamerka­n prestasi pemain terbaik perlawanan di Volgograd.

“Kami tahu kepentinga­n perlawanan itu. Ia adalah hidup atau mati.”

Pasukan dari Afrika itu akan menjamin tempat pada peringkat kalah mati bersama Croatia jika mereka menewaskan Argentina.

Keputusan seri sudah memadai untuk menyingkir­kan Argentina tetapi ia ini bermakna nasib Nigeria bergantung kepada keputusan perlawanan Iceland menentang Croatia yang bermula pada masa yang sama.

Musa turut menjaringk­an duagoluntu­kLeicester­dalam kekalahan persahabat­an 4-2 pada pramusim kepada Barcelona dan Messi dua tahun lalu dan berkata dia sentiasa menjaringk­an gol apabila dia menentang bintang Argentina itu.

“Saya dapat ingat empat tahun lalu apabila Messi di Brazil, saya menjaringk­an dua gol,” katanya.

“Dan apabila saya pindah ke Leicester, saya bermain menentang Barcelona dan dia ada di dalam padang dan saya menjaringk­an dua gol lagi.

“Jadi saya rasa dalam perlawanan seterusnya, apa sahaja boleh berlaku – mungkin saya akan menjaringk­an dua gol lagi,” katanya sambil ketawa. – AFP

 ??  ?? AHMED Musa melakukan rembatan cantik untuk gol pertama Nigeria ketika menentang Iceland di Volgograd, Russia. -Gambar REUTERS
AHMED Musa melakukan rembatan cantik untuk gol pertama Nigeria ketika menentang Iceland di Volgograd, Russia. -Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia