Utusan Borneo (Sabah)

Tweet ‘rasis’ jadi inspirasi Senegal menentang Jepun

-

YEKATERINB­URG: Senegal menentang Jepun pada malam ini (jam 11.00 malam Ahad waktu Malaysia) di kejohanan bola sepak Piala Dunia dalam keadaan marah disebabkan oleh tweet “jahil” seorang taikun dan bintang televisyen realiti British yang telah menjadi tajuk perbincang­an pasukan.

Selain Nigeria, pasukan bertenagaS­enegalyang­diterajui penyerang Liverpool Sadio Mane sedang mengibarka­n bendera bagi Afrika di Rusia.

Selepas bertarung untuk mencatatka­n kemenangan pembukaan 2-1 ke atas Poland dalam Kumpulan H, Senegal bimbingan Aliou Cisse dapat mengambil langkah besar ke peringkat 16 terakhir dengan kemenangan ke atas Jepun di Yekaterinb­urg.

Mereka tanpa sengaja mendapati diri di tengah keributan Twitter pada minggu ini selepas ahli perniagaan Alan Sugar tweet gambar pasukan Senegal dengan kapsyen, “Saya mengenali beberapa lelaki ini dari pantai di Marbella”.

Di sebelah gambar tersebut bilionair British itu memaparkan gambar kacamata hitam dan beg tangan untuk dijual.

Pengacara The Apprentice itu menurunkan paparan tersebut dan kemudian memohon maaf selepas dia dituduh bersikap rasis, tetapi insiden itu menimbulka­n kemarahan Senegal dan mungkin akan menjadi inspirasi tambahan kepada mereka untuk perlawanan menentang Jepun.

Ndongo Ndiaye, seorang bekas pemain bola sepak dan sekarang penasihat kepada Presiden Senegal Macky Sall, memberitah­u The Times di pangkalan pasukan di Kaluga, selatan Moscow: “Semua orang di sini bercakap mengenai tweet ini, ia juga telah menjadi berita utama di Senegal.

“Saya berpendapa­t ia sangat jahil daripada seseorang di kedudukann­ya,” kata Ndiaye, yang menuntut agar Sugar dipecat oleh BBC.

“Sudah tentulah kebebasan bersuara itu mesti ada tetapi ini adalah salah dan ia menyakitka­n hati pemain dan orang dari Senegal.” -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia