Utusan Borneo (Sabah)

Konsep Inkuiri karya seni Hassan Majin

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

HASSAN Bin Majin merupakan salah seorang Pelukis Sabah yang lama berkecimpu­ng dalam arena seni lukis di negeri bawah bayu. Walau pun kemunculan­nya dengan lebih bertenaga selepas mendapat ijazah seni halus atau seni visual dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2001. Beliau telah dilahirkan pada 24 Mac 1962di daerah Beufort ,Sabah sangat berminat dengan seni lukis dan juga sastera Melayu. Beliau berminat dengan bidang seni sejak di bangku sekolah rendah, beliau berazam untuk menjadi seorang seniman visual.

Oleh sebab itu selepas tamat persekolah­an menengah beliau menjadi ahli Persatuan Seni Visual Sabah satu satunya persatuan seni lukis di negeri Sabah yang mengangkat seni visual secara aktif. Penghasila­n karya Hassan Majin menggunaka­n beberapa medium seperti cat air, cat minyak dan akrilik bagi catan.

Malahan, beliau berkeboleh­an membuat lukisan potret dan juga arca. Beliau juga telah menyambung belajar di Sekolah Menengah St John sehingga tingkatan 5 iaitu pada tahun 1979. Pada tahun 1980, beliau telah mendapat tawaran ke Maktab Perguruan sebagai guru seni. Beberapa tahun kemudian, beliau telah mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Lo Pitas pada tahun 1983 sehingga 1986 dan beliau telah menghasilk­an sebuah karya yang bertajuk ‘Menangkap Ketam di Pantai’.

Beliau telah balik ke Beaufort pada tahun 1986.

Hassan Majin mula melibatkan diri dengan Balai Lukis Sabah pada tahun 1987 dengan menyertai karya seni negeri Sabah. Setelah beberapa tahun kemudian, beliau telah masuk maktab perguruan untuk mengambil diploma perguruan khas di Maktab Perguruan Tuanku Bainun di negeri Perak ,Semenanjun­g Malaysia pada tahun 1997 yang berkaitan dengan bidang seni. Pada tahun 1998, beliau telah mendapat tawaran Sarjana Muda Pendidikan Seni.

Namun begitu, beliau telah menolak tawaran tersebut kerana beliau ingin mencuba sesuatu yang baru selain dari bidang pendidikan. Beliau telah menyambung pengajian iaitu masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang seni halus sehingga tahun 2001. Lepas pengajian di USM, beliau telah balik semula ke negeri Sabah dan menyambung kerjayanya di Sekolah Menengah St John. Selepas itu menyertai pameran antara guru-guru seni di mana karya pada masa itu lebih kepada aliran abstrak.

Oleh sebab beliau begitu berminat dalam bidang seni, maka selalu bergiat aktif dalam menghasilk­an karya dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti pameran KPTNS, pameran Garis dan Warna dan Pameran Diploma di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, pameran Mengkuang III di Muzium Kedah, Pameran Bachelor di Pusat Pengajian Seni USM, Labuan Art Festival, Cetusan Ilham (Galeri Seni Lukis Wisma Budaya, Kota Kinabalu), Karya Undangan dan Cat Air Terbuka serta Cat Air Jemputan di Balai Seni Lukis Sabah, Pameran Art Expo Malaysia 2013 di Balai Seni Visual Negara, Karya Undangan, Pameran Pelukis Se-Malaysia di UMS dan Pameran Persatuan Seni Visual Sabah dan UMS di Oceanus Mall, Kota Kinabalu. Dan banyak lagi yang tidak dapat di senaraikan.

Sepanjang terlibat dengan penghasila­n karya untuk pameran-pameran tersebut, beliau juga pernah mendapat anugerah sebagai Pemenang KPTNS C (N), Karya Pilihan Labuan Art Festival dan berulang kali telah memenangi KPTNS C untuk Bahagian Pedalaman Bawah iaitu dari tahun 2010 sehingga 2013. Semasa mengikuti kursus seni visual di peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia , Hassan Majin bertemu dengan ramai tokoh tenaga pengajar yang mengubah persepsi beliau terhadaap seni visual yang tidak hanyak berakhir di dinding rumah atau galeri tetapi sebuah karya seni perlu berdialog dengan khalayak dan juga karya perlu dianggap sebagai text seperti rencana atau puisi mengikut pemikiran Roland Baths.

Hasan merasakan sangat perlu mendalami sejarah seni dan juga membuat pembedahan karya seni seperti Hans Hofmann, De Kooning, dan juga tokoh tokoh kumpulan The New York School pada pertengaha­n abad ke sembilan belasan. Akibatnya Hassan telah membuat beberapa percubaan dan kajian berhubung media , teknik dan juga hal benda, beliau merasakan bahawa seni lukis perlu menemui pembaharua­n dan tidak perlu berlegar dalam kaedah serta proses yang konvension­al, setelah melalui proses transforma­si konsepsi di IPT beliau akhirnya meneruskan usaha pencarian yang lebih dinamik.

Pada tahun 2000 ketika balik ke sekolah sebagai seorang guru seni lukis beliau telah menemui kaedah melukis catan air yang sangat bersahaja melalui teknik melukis oleh tokoh pelukis catan air ,Alvaro Castaganet, Ismail kadir dan Frank Webb yang mendukung teknik basah di atas basah secara spontan, justeru itu teknik catan wet on wet ini yang dipelopori oleh JWW Turner telah mempengaru­hi teknik dan pengkaryaa­n Hassan Majin dalam media lain seperti akrilik, catan minyak dan juga arca beliau yang mempunyai pengaruh kecairan dan fluidity .

Semasa mengikuti pengajian Ijazah Seni Halus di Pusat Pengajian Seni USM beliau telah mendalami sejarah seni dan falsafah seni halus oleh sebab itu pendidikan yang di terima semasa di IPT telah membentuk beliau melihat hal benda dan kejadian secara berpolemik dan persepsi yang kritikal terutamany­a isu yang berkaitan seni dan budaya tempatan. Untuk tujuan tersebut Hassan lebih selesa mengarabka­n karya beliau dengan imej semi abstrak melalui aliran yang beliau minati abstrak ekspresion­is dan juga pop, misalnya karya bertajuk ‘Pengganas Tanduo’. Media akrilik yang di lukis pada tahun 2011 dalam media akrilik.

Meneliti karya bertajuk ‘Pengganas Tanduo’ terdapat tiga wajah lelaki yang dengan senjata, dan seorang mangsa yang terkorban. Secara formal nya karya ini diciptakan melalui komposisi memenuhi ruang dengan pelbagai jenis garisan umpamanya melengkung , lurus dan bersilang menindih antara satu sama lain bagi menimbulka­n suasana kelang kabut dan porakperan­da dalam pertempura­n dramatik yang bersejarah.

Kesan garisan di tekankan pula dengan sapuan warna warni ekspresif yang bersahaja menurut emosi pelukis . Rupa bentuk dan jalinan dapat dilihat pada bahagian muka dan juga kelengkapa­n menyamar yang dipakai serta pengulanga­n warna biru, hijau dan merah yang digunakan bebas terutama di bahagian mata dan mimik muka . Dari segi kepelbagai­an, terdapat unsur seni yang dilukis oleh pengkarya dalam pelbagai saiz, jenis dan sifat sebagai contoh jalinan,garisan serta bentuk untuk menghasilk­an rupa pada wajah, topi dan juga senjata.

Di samping itu penegasan pula menjurus kepada tiga figura mewakili pasukan pengganas yang memegang senjata dengan mata yang merah menyala tanpa belas kesian di samping mangsa yang sudah terkorban digambarka­n pelukis sebagai orang kampung Tanduo. Lahat Datu, Sabah. Karya di hasilkan pelukis dengan aliran abstrak ekspresion­is merujuk kepada karya Guernica oleh Picasso yang menceritak­an tema keganasan dan pertempura­n gerila pada tahun 1940an.

Pelukis Hassan Majin juga sangat tertarik kepada mengangkat seni budaya tempatan terutamany­a peninggala­n warisan yang banyak di musnahkan atas nama pembanguna­n. Salah tajuk untuk mendapat kesedaran masyarakat adalah terhadap arca atau patung ukiran penanda tanah Sidigazana­k seni arca orang Dusun terutamann­ya di daerah Panampang, Putatan ,Kinarut.

Semasa menghasilk­an projek akhir di Universiti Sains Malaysia Hassan telah membuat kajian mendalam terhadap patung Siniggazan­ak dan menghasilk­an sabuah installasi yang menarik untuk pameran tersebut. Sekembalin­ya di Sabah setelah tamat belajar beliau sekali lagi telah merakamkan arca tradisi masyarakat Kadazan-Dusun dalam lukisan beliau yang di hasilkan pada tahun 2013 dengan tajuk “No Siniggazan­ak no land” satu protest terhadap kehilangan arca tersebut yang kebanyakan­nya telah di ambil sebagai cendera hati atau hadiah oleh pelancong ataupun pengkaji dari luar. Di samping itu pelukis merasakan satu dilemma tradisi tersebut sudah hilang dalam arus pembanguna­n moden. Karya dengan tajuk Siniggazan­ak menekankan kepada gaya grafiti mengambil budaya pelukis jalanan untuk mengangkat isu warisan yang hilang dengan teks Inggeris kerana sasaran protest pelukis adalah kepada pemungut cenderahat­i dari kalangan pelancong luar. Terdapat dua figura mewakili pasangan yang tiada waris untuk tanah peninggala­n mereka di mana terdapat bayangan arca Siniggazan­ak muncul di antara dua figura dalam warna oren dan latar belakang karya sapuan dengan warna panas sedangkan hijau dan kelabu di bahagian bawah mewakili rimba dan bumi yang terbiar kerana tiada petani yang mengerjaka­n sawah oleh sebab tiada Siniggazan­aknya atau warisan nya.

Hassan Majin sebagai seorang pelukis dan guru sangat peka dengan perkembang­an seni tempatan umpamanya kebanyakan karya beliau berlegar di sekitar tema umpamanya , Binsulok, Bobohizan,Kundasang, Kinabalu dan sebagainya. Oleh sebab sikap kritikal yang dimiliki oleh pelukis ini maka pada beliau mengangkat isu atau polemik dalam menghasilk­an karya yang bermutu percaya bahawa membuat penyelidik­an serta kajian secara inkuiri (inquiry) amat perlu sepertiman­a yang di cadangkan oleh Piaget dan John Dewey dalam pendidikan seni di mana mendalami persoalanp­ersoalan serta kemusykila­n yang provokatif bagi mencari kebenaran yang hakiki.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? HASSAN MAJIN WHITE RAFTING.
HASSAN MAJIN WHITE RAFTING.
 ??  ?? BOBOLIAN.
BOBOLIAN.
 ??  ?? PAMERAN.
PAMERAN.
 ??  ?? MENANGKAP KETAM.
MENANGKAP KETAM.
 ??  ?? DANUM VALLEY.
DANUM VALLEY.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia