Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan dua bot asing rompak hasil laut Sarawak

-

KUCHING: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak berjaya menahan dua bot nelayan asing yang menyamarse­bagaibotne­layan tempatan pada Rabu lalu kerana dipercayai merompak hasil laut negeri ini.

TimbalanPe­ngarahOper­asi Maritim Sarawak Robert Teh Geok Chuan berkata, kedua-dua kapal itu dikesan dan ditangkap di kedudukan 65 batu nautika dari utara Tanjung Sirik, Sarikei sekitar jam 9 malam.

Menurutnya, kejayaan tersebut turut melibatkan penangkapa­n 20 awak-awak dan tekong Vietnam yang berusia antara 16 dan 55 tahun.

“Bot tersebut ditahan kerana dilihat mencurigak­an dan hasil pemeriksaa­n mendapati bot tersebut merupakan bot samaran yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Selain itu, mereka gagal menunjukka­n sebarang dokumen atau kebenaran yang sah untuk menangkap ikan di perairan Malaysia dan dipercayai mereka telah berada di perairan negara selama dua atau tiga hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung tangkapan tersebut di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), di sini semalam.

Jelasnya, kedua-dua bot yang dianggarka­n bernilai mencecah RM3 juta disita dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

“Sementara itu, keseluruha­n hasil tangkapan mereka yang dianggarka­n bernilai RM50,000 juga akan dirampas,” tambahnya.

Justeru, APMM menyeru seluruh komuniti maritim untuk menyalurka­n maklumat jika berlaku aktiviti yang melanggar undang-undang terus ke talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri di 082432544.

 ??  ?? ROBERT (dua kiri) bersama pegawainya sedang memeriksa hasil tangkapan nelayan asing terbabit.
ROBERT (dua kiri) bersama pegawainya sedang memeriksa hasil tangkapan nelayan asing terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia