Utusan Borneo (Sabah)

Ekstasi, dadah: Penganggur hadapi hukuman mati

-

KUCHING: Seorang penganggur berhadapan hukuman mati jika disabitkan kesalahan kerana didapati memiliki 4,980 biji pil ekstasi yang dianggarka­n bernilai mencecah RM249,000 dalam serbuan ke atas pangsapuri di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC), di sini pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif berkata, serbuan tersebut dilakukan sekitar jam 11.30 pagi Khamis.

Menurutnya, selain ekstasi, turut ditemui ialah dadah jenis syabu dianggarka­n seberat 535 gram dengan nilai sekitar RM80,250.

“Lelaki (suspek) berusia 26 tahun itu terdahulun­ya ditahan di tempat letak kereta pangsapuri tersebut sebelum pemeriksaa­n lanjut dilakukan ke atas kediaman dan menemui satu plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Selain itu, turut ditemui ialah satu kotak yang mengandung­i 14 peket plastik lutsinar berisi 4,980 biji pil disyaki dadah jenis ekstasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sahar selain itu memberitah­u, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Turut disita ialah sebuah kereta yang dianggarka­n bernilai RM60,000, baranganke­masdiangga­rkan bernilai RM5,556 dan sejumlah wang tunai kirakira RM4,037,” katanya yang turut mengesahka­n suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek yang berasal dari Jalan Berjaya, Sibu itu ditahan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia