Utusan Borneo (Sabah)

Rintis jalan kuat kuasa undang-undang S’wak 1 Julai

KM ucap terima kasih kepada pasukan perundanga­n, seluruh rakyat Sarawak atas doa dan sokongan dalam isu Petronas

-

KUCHING: Keputusan Mahkamah Persekutua­n yang menolak permohonan Petronas memulakan prosiding terhadap kerajaan negeri membuka jalan kepada Sarawak menguatkua­sakan undang-undang negeri mulai 1 Julai 2018.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini semalam menjelaska­n, perkara tersebut seperti mana yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada awal tahun ini.

“Ketua Menteri kita ingin mengucapka­n terima kasih kepada barisan perundanga­n kitadansel­uruhrakyat­Sarawak di atas doa dan sokongan mereka yang padu agar Sarawak menggunaka­n hak mereka dalam Perlembaga­an berhubung aktiviti gas dan minyak di Sarawak.

“PETROS akan diberi kuasa sewajarnya untuk melaksanak­an Ordinan Perlombong­an Minyak Sarawak,” menurut kenyataan berkenaan.

Pada Jumaat, di Mahkamah Persekutua­n Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Tan Sri Wira Ahmad Maarop, ketika menolak permohonan itu, menyatakan deklarasi yang dituntut oleh Petronas bukan terletak di bawah bidang kuasa Artikel 4 (4) dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Petronas telah menuntut deklarasi bahawa PDA 1974 diguna pakai untuk mengawal selia aktiviti huluan di dalam wilayah Sarawak dan Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 dimansuhka­n secara tersirat oleh PDA.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika dihubungi berkata, keputusan mahkamah itu menjadi tamparan besar kepada Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen dan rakanrakan­nya.

Katanya, ini kerana sebelum ini Chong serta rakanrakan­nya sering memberitah­u rakyat Sarawak bahawa Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) memberikan hak minyak dan gas kepada Petronas seperti mana dalam perundanga­n persekutua­n.

“Ia satu tamparan besar kepada DAP, Chong dan rakannya yang selalu memberitah­u rakyat Sarawak bahawa PDA memberikan semua hak minyak dan gas kepada Petronas sebagai perundanga­n persekutua­n.

“Dan, Sarawak tidak boleh berbuat apa melainkan kerajaan negeri memilih untuk memfailkan tindakan undang-undang di mahkamah bagi membatalka­n PDA,” katanya.

Abdul Karim berkata, Sarawak bersyukur kerana mahkamah memberi keputusan memihak kepada kerajaan negeri dan menolak permohonan Petronas memulakan tindakan guaman terhadap kerajaan negeri.

“Keputusan ini besar implikasin­ya dan sedikit sebanyak mahkamah mengiktraf kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk ‘regulatory control’ aktiviti minyak yang terdapat dalam kawasan bidang kuasa kerajaan negeri.

“Tahniah kepada pasukan guaman kerajaan negeri Sarawak,” kata beliau.

Penganalis­is sosiopolit­ik, Dato Peter Minos pula berkata, ia merupakan hari bermakna kepada Sarawak dan hari yang perlu diingati memandangk­an mahkamah tertinggi negara, iaitu Mahkamah Persekutua­n telah membuat keputusan, dengan harapan Petronas tidak mencabar tindakan undangunda­ng lagi.

“Petronas boleh dan mesti bekerjasam­a dengan Sarawak sebagai kontraktor minyak dan gas kepada Sarawak dengan terma serta syarat yang sesuai untuk Sarawak dan bukan seperti sebelum ini, di mana Sarawak mendapat hanya sejumlah kecil sahaja daripada hasil minyak dan gasnya sendiri.

“Melalui PETROS, Sarawak berpotensi menghasilk­an berbilion ringgit daripada sumber minyak dan gas.

“Sarawak memerlukan kewanganun­tukmelaksa­nakan banyak perkara agar sama dengan Semenanjun­g dalam semua bidang,” katanya sambil memberitah­u harus diingat supaya kekayaan dari minyak dan gas itu harus digunakan secara bijak serta diperketat­kan demi kesejahter­aan rakyat negeri ini.

Katanya, harapan rakyat kini adalah amat tinggi dan mereka mahu kewangan daripada sumber minyak dan gas itu untuk kehidupan lebih baik di masa akan datang.

“Ketua Menteri kita ingin mengucapka­n terima kasih kepada barisan perundanga­n kita dan seluruh rakyat Sarawak di atas doa dan sokongan mereka yang padu agar Sarawak menggunaka­n hak mereka dalam Perlembaga­an berhubung aktiviti gas dan minyak di Sarawak. PETROS akan diberi kuasa sewajarnya untuk melaksanak­an Ordinan ” Perlombong­an Minyak Sarawak. Kenyataan Pejabat Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia