Utusan Borneo (Sabah)

Lori terbabas rempuh pekerja Pan Borneo, seorang maut

-

SARATOK: Seorang lelaki maut manakala empat yang lain cedera setelah sebuah lori terbabas lalu merempuh kumpulan terbabit yang sedang bertugas sebagai ‘flagman’ di lokasi pembinaan Pan Borneo, petang pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 5 petang di Kilometer 29, Jalan Sarikei-Saratok.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Enchangan Timban, berusia 42 tahun dan berasal dari Rumah Jawa, Sungai Kerubong, Selalang, Sarikei.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi.

“Sementara itu, empat rakan mangsa lain yang mengalami kecederaan telah dibawa mendapatka­n rawatan di Hospital Sarikei,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Ketika kejadian tersebut, lori terbabit dalam perjalanan dari Bintulu menuju ke Kuching.

Menurut Alexson, keterangan awal daripada pemandu lori yang terbabit dengan kemalangan tersebut telah diambil pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

“Berdasarka­n keterangan yang diberikan pemandu lori itu, ketika sampai di lokasi, dia ternampak petugas ‘flagman’ menunjukka­n tulisan ‘Go’ pada papan isyarat, menyebabka­n beliau memandu terus.

“Pada masa yang sama, beliau melihat sebuah lori tanah secara tibatiba memotong sebuah lagi lori tanah yang berhenti di simpang jalan lalu keluar dari simpang itu.

“Mangsa berusaha mengelak daripada melanggar lori tanah itu, namun terbabas ke susur kanan lalu merempuh ‘flagman’ yang sedang bertugas,” katanya.

Namun demikian katanya lagi, punca sebenar kemalangan masih lagi dalam siasatan atas Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? SEORANG pekerja Pan Borneo maut di lokasi kejadian setelah dirempuh sebuah lori ketika sedang bertugas sebagai ‘flagman’.
SEORANG pekerja Pan Borneo maut di lokasi kejadian setelah dirempuh sebuah lori ketika sedang bertugas sebagai ‘flagman’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia