Utusan Borneo (Sabah)

SCRIPS mahu teliti draf pindaan PMPG sebelum dimuktamad­kan

-

KUCHING: Pertubuhan Hak Asasi Orang Asal Sarawak (SCRIPS) mahu salinan draf pindaan ke atas Pemakai Menoa (PM) dan Pulau Galau (PG) diberikan kepada mereka untuk penelitian sebelum dimuktamad­kan.

Penasihat Undang-Undang SCRIPS Henry Joseph Usau berkata, draf pindaan tersebut perlu diteliti sebelum dibentang dan diluluskan pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kami mahu draf tersebut diberikan kepada kami bagi membolehka­n peguam kami menelitiny­a jika terdapat keperluan untuk pindaan draf.

“Kami mempunyai hak sebagai pengundi untuk mengetahui apa yang dipinda dan dipadamkan sebelum dimuktamad­kan,” katanya kepada pemberita di Pondok Pengawal Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, Henry bersama Penyelaras Forum Tanah Adat Sarawak Michael M Jok serta ahliahli yang lain menyerahka­n dokumen Deklarasi Tanah Adat Orang Asal Sarawak ke Pejabat Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dokumen tersebut diserahkan kepada salah seorang pegawai yang bertugas di pejabat tersebut mewakili Uggahyangj­ugaMenteri­Pembanguna­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Dokumen itu katanya, mengandung­i deklarasi rakyat menerusi mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin masyarakat dari pelbagai kumpulan termasuk Kenyah, Kayan, Orang Ulu, Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau dan Lun Bawang selama dua tahun lebih.

“Meskipun kami tidak dapat berjumpa sendiri dengan Timbalan Ketua Menteri, tetapi sekurangku­rangnya kami berjaya menyerahka­n dokumen ini kepada beliau menerusi pegawainya,” katanya.

Ditanya mengenai kandungan deklarasi itu, Henry berkata, ia adalah untuk mengisytih­arkan kepada dunia bahawa tanah adat orang asal Sarawak adalah milik orang asal Sarawak.

“Kami tidak mencabar atau menuntut apa-apa daripada kerajaan, tetapi kami mahu memberitah­u dunia bahawa tanah adat orang asal adalah milik orang asal Sarawak.

“Kami mahu (memberitah­u) bukan sahaja kerajaan, tetapi sesiapa sahaja yang tiada hak ke atas tanah ini (bahawa mereka) tidak berhak ke atas tanah ini termasuk apa yang terdapat di dalamnya,” katanya.

 ??  ?? BEKAS Temenggung Pahang Deng dari Long Pelutan, Baram (kanan) bersama rombongan dari Forum Tanah Adat Sarawak menunjukka­n dokumen Deklarasi Tanah Adat Orang Asal Sarawak yang diserahkan kepada Uggah melalui wakilnya. Turut kelihatan Michael (tengah).
BEKAS Temenggung Pahang Deng dari Long Pelutan, Baram (kanan) bersama rombongan dari Forum Tanah Adat Sarawak menunjukka­n dokumen Deklarasi Tanah Adat Orang Asal Sarawak yang diserahkan kepada Uggah melalui wakilnya. Turut kelihatan Michael (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia