Utusan Borneo (Sabah)

Green Packet rancang terbit hak, kumpul sehingga RM52.6 juta

-

KUALA LUMPUR: Green Packet Bhd merancang untuk melaksanak­an terbitan hak boleh lepas dengan waran percuma yang dijangka dapat mengumpulk­an kutipan kasar maksimum RM52.6 juta, berdasarka­n harga terbitan awal 35 sen untuk setiap hak sesaham.

Kumpulan berkenaan bercadang menerbitka­n hak sehingga 150.20 juta saham baharu berdasarka­n satu hak saham untuk setiap lima pegangan saham sedia ada berserta sehingga 450.60 juta waran boleh lepas percuma pada asas tiga waran bagi setiap hak yang dilanggani pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Hasil kasar cadangan terbitan hak itu akan digunakan terutamany­a untuk mengembang­kan penyelesai­an dan segmen perniagaan Internet of Things (IoT) menerusi pembelian peralatan perdaganga­n, kata syarikat penggiat teknologi, media dan telekomuni­kasi itu dalam satu kenyataan kelmarin.

Pembelian itu turut merangkumi peralatan atau kelengkapa­n premis pelanggan seperti modem optikal dan peranti media serta penyelesai­an gerbang kediaman dan peranti IoT.

Pemegang saham utamanya, Green Packet Holdings Ltd dan Chan Cheong, telah mengemukak­an pandangan menerusi surat untuk melanggan hak terbitan dengan waran bagi memenuhi paras minimum dana yang diperlukan kumpulan itu.

“Kumpulan ini yakin menerusi kutipan terbitan hak beserta waran tersebut akan membolehka­n Green Packet meraih lebih banyak peluang dalam kepesatan pasaran peralatan digital dan IoT,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutifn­ya, Tan Kay Yen menyifatka­n langkah korporat itu sebagai penting dan merupakan pilihan terbaik.

“Ini akan memberi peluang kepada pemegang saham terbabit untuk mengambil bahagianda­lamtawaran­saham kumpulan dan membolehka­n mereka berkongsi prospek, pertumbuha­n masa depan serta perolehan kumpulan di masa depan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia