Utusan Borneo (Sabah)

KPMNJ bakal bangunkan projek hartanah

-

JOHOR BAHRU: Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ), antara 100 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2017 akan membangunk­an tanah seluas 10,108 meter persegi (1.0108 hektar) di Taman Tampoi Indah di sini sebagai projek pembanguna­n bercampur yang mempunyain­ilaipemban­gunan kasar keseluruha­n antara RM320 juta hingga RM350 juta.

Pengerusin­ya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata projek yang dinamakan sebagai Menara KPMNJ akan dibangunka­n dalam tempoh tiga tahun dengan kerja pembinaan disasarkan bermula akhir tahun ini.

Katanya, menara itu akan menawarkan sejumlah ruangan pejabat dan 400 bilik hotel dalam sebuah bangunan komersil 33 tingkat serta 230 unit rumah mampu milik berharga kira-kira RM300,000 dalam sebuah lagi bangunan 18 tingkat.

Selain itu, ia dilengkapi dengan sebuah pusat konvensyen, kata Mohamad Ali kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan KPMNJ kali ke-23 di sini, semalam.

“Pembinaan ini (menara) penting kerana KPMNJ telah berusia 52 tahun dan berjaya meletakkan dirinya sebagai antara koperasi terbaik di Malaysia. Jadi ia bagaikan mercu tanda buat KPMNJ,” katanya.

Mesyuarat itu yang dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Pembanguna­n Keusahawan­an, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Sheikh Umar Ali.

Sementara itu, Sheikh Umar berkata KPMNJ perlu mempertimb­ang untuk menerokai bidang peniagaan dalam talian kerana ia merupakan trend semasa yang digemari anak muda.

“Walaupun benar kita melakukan ‘high end bisnes’, tetapi jika elemen ini (perniagaan dalam talian) diadaptasi sudah pastinya memberi nilai tambah kepada pendapatan kerana perlu kita tahu dan terima hakikat bahawa semua orang sukakan online (dalam talian),” katanya. - Bernama

 ??  ?? MENTERI Besar Johor Datuk Osman Sapian (dua, kanan) menyerahka­n sijil Kurniaan Tanah (Notis 5A) kepada Pengerusi KPMNJ, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan (dua kiri) selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Melayu...
MENTERI Besar Johor Datuk Osman Sapian (dua, kanan) menyerahka­n sijil Kurniaan Tanah (Notis 5A) kepada Pengerusi KPMNJ, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan (dua kiri) selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Melayu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia