Utusan Borneo (Sabah)

1MINE mahu k’jaan bantu salur dana

Dalam usaha pertingkat aspek bimbingan usahawan di kawasan pedalaman

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Rangkaian Usahawan India Malaysia (1MINE) akan merangka cadangan bagi mendapatka­n sumbangan dana kerajaan dalam usaha memperting­katkan aspek bimbingan usahawan di kawasan pedalaman.

Presidenny­a, Datuk S.Gopinath berkata selama ini semua latihan dan seminar bagi ahli 1MINE diadakan di ibu pejabat di sini, berikutan kekurangan sumber.

“Kami perlukan pembiayaan atau dana sebanyak RM80,000 setiap tahun bagi menampung bayaran sewa dan utiliti, pengangkut­an dan kos penginapan apabila perlu melakukan sebarang perjalanan.

“Kami adalah sebuah badan yang tidak menjana sebarang keuntungan dan akan telus dengan dana (yang diterima) serta perbelanja­an berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas seminar Kemudahan dan ProgramPem­biayaandib­awah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 20122020, di sini pada Sabtu.

Seminar separuh hari yang dihadiri oleh kira-kira 50 usahawan itu adalah anjuran 1MINE dengan kerjasama PlaTCOM Ventures Sdn Bhd yang juga platform pengkomers­ilan teknologi negara Malaysia.

1MINE yang beroperasi sejak tujuh tahun lepas, mempunyai seramai 200 ahli dan menyasarka­n bilangan ahlinya dapat mencecah 250 orang menjelang akhir 2018.

Mengulas selanjutny­a, Gopinath berkata ahli serta usahawan akan mendapat faedah menerusi penganjura­n latihan dan seminar bulanan, bimbingan menjayakan perniagaan masing-masing selain memanfaatk­an peluang daripada jaringan yang wujud.

“Padaacarah­ariinimisa­lnya, ahli 1MINE akan mendengar taklimat oleh PlaTCOM yang juga anak syarikat milik penuh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) mengenai cara mengubah idea kreatif mereka kepada produk dan perkhidmat­an yang berjaya selain aspek kemudahan proses pengkormer­sialan,” katanya. - Bernama

“Kami perlukan pembiayaan atau dana sebanyak RM80,000 setiap tahun bagi menampung bayaran sewa dan utiliti, pengangkut­an dan kos penginapan apabila perlu melakukan ” sebarang perjalanan. DATUK S.GOPINATH Presiden 1MINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia