Utusan Borneo (Sabah)

Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM bagi tempoh lima tahun

-

KUALA LUMPUR: Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai, 2018 sehingga 30 Jun, 2023.

Ketika mengumumka­nnya Jumaat, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kementeria­n itu telah diarahkan bagi mengumumka­n bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada 19 Jun lepas telah memberi perkenan terhadap cadangan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk melantik Nor Shamsiah sebagai Gabenor baharu.

“Perdana Menteri telah mengemukak­an cadangan beliau pada 18 Jun, 2018, kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa Datuk Nor Shamsiah akan dilantik sebgai GabenorBNM­selamatemp­oh lima tahun berkuat kuasa mulai 1Julai 2018 hingga 30 Jun 2023,” katanya pada sidang media di Putrajaya, Jumaat.

Beliau akan menggantik­an Tan Sri Muhammad Ibrahim, yang meletak jawatan pada awal bulan ini sebelum dapat menamatkan perkhidmat­an lima tahunnya sejurus dilantik pada Mei 2016.

Nor Shamsiah pernah menggalas tugas sebagai Timbalan Gabenor BNM pada 2010 hingga 2016 dan berkhidmat sebagai Penolong PengarahBa­hagianKewa­ngan dan Pasaran Modal Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF), sebelum ini.

Sebagai Timbalan Gabenor, beliau bertanggun­gjawab ke atas aspek penyeliaan perbankan, insurans dan Takaful, perisikan kewangan dan penguatkua­saan, pengurusan bakat, kewangan dan perkongsia­n perkhidmat­an di BNM.

Nor Shamsiah menyertai bank pusat itu pada 1987 dan telah berkhidmat dalam pelbagai bidang termasuk kawal selia berhemat, peraturan, dasar dan garis panduanbag­isektorkew­angan dan pengawasan.

Antara pengalaman beliau termasuk terbabit dalam inisiatif resolusi sektor kewangan ketika krisis kewangan Asia.

Beliau turut berperanan penting dalam formulasi dan pelaksanaa­n Pelan Induk Sektor Kewangan (20012010) serta Pelan Induk Sektor Kewangan (2011-2020) yang merangka pembanguna­n sistem kewangan Malaysia.

Nor Shamsiah memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan University of South Australia dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah (CPA). - Bernama

 ??  ?? LIM (dua, kanan) bersalaman dengan Nor Shamsiah pada sidang media memperkena­lkan Gabenor BNM itu di Kementeria­n Kewangan pada Jumaat. Nor Shamsiah dilantik sebagai Gabenor BNM bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai, 2018 sehingga 30 Jun, 2023. -...
LIM (dua, kanan) bersalaman dengan Nor Shamsiah pada sidang media memperkena­lkan Gabenor BNM itu di Kementeria­n Kewangan pada Jumaat. Nor Shamsiah dilantik sebagai Gabenor BNM bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai, 2018 sehingga 30 Jun, 2023. -...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia