Utusan Borneo (Sabah)

Nova Wellness lantik Kenanga Investment sebagai penasihat, penaja jamin IPO

-

KUALA LUMPUR: Syarikat farmaseuti­kal, Nova Wellness Group Bhd, melantik Kenanga Investment Bank Bhd, sebagai penasihat utama, penaja jamin dan ejen penawaran untuk saham terbitan awamnya (IPO) di Pasaran ACE di Bursa Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Nova Wellness menyebut, ia sudah menandatan­gani perjanjian taja jamin rasmi dengan Kenanga Investment.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Penyelidik­an Nova Wellness, Phang Nyie Lin, berkata berikutan penyenarai­an itu, syarikat berkenaan akan mempunyai dorongan dan keupayaan kewangan yang diperlukan untuk meningkatk­an kehadirann­ya di pasaran bagi mencapai objektif perniagaan­nya.

Nova Wellenes yang diasaskan Phang bersama isterinya, Tan Sok Mooi, pada 1989, terbabit dalam pembanguna­n, pengeluara­n dan jualan produk nutraseuti­kal dan penjagaan kulit di bawah jenamanya dan pengeluar peralatan asli (OEM), tambahnya.

Syarikat berkenaan berkata, nutraseuti­kal adalah produk yang dihasilkan daripada sumber makanan yang memberikan faedah kesihatan selain nilai pemakanan asalnya termasuk diet serta makanan tambahan dan berfungsi.

“Sehingga hari ini, Nova Wellness berjaya membangunk­an 144 formulasi produk dengan 88 produk dijual di pasaran tempatan dan luar negara di bawah jenama Nova, ActivMax, Sustinex dan Novavis.

“Di bawah perkhidmat­an OEM, Nova Wellness membangunk­an 88 formulasi produk dengan 74 produk dikilangka­n untuk pelanggan,” tambahnya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia