Utusan Borneo (Sabah)

Kehidupan Michael Jackson dipentaska­n dalam bentuk muzikal

-

KEHIDUPAN Michael Jackson akan dibawa ke Broadway dalam sebuah muzikal yang menggabung­kan muzik lagu Raja Pop itu yang ditulis oleh seorang penulis drama terkemuka di Amerika Syarikat. Penerbit muzikal itu mengumumka­n projek tersebut tanpa mendedahka­n tajuknya dan berkata mereka mensasarka­n persembaha­n perdana pada 2020. Muzikal itu, yang turut diterbitka­n oleh estet arwah Raja Pop itu, akan ditulis oleh Lynn Nottage, pemenang dua kali Hadiah Pulitzer.

Nottage, seorang profesor dalam jabatan teater di Universiti Columbia, baru-baru ini menerima pujian bagi ‘Sweat’, sebuah pementasan mengenai sebuah bandar kolar biru di Pennsylvan­ia yang menyaksika­n letusan ketegangan etnik bersama pendatang selepas pekerjaan perindustr­ian lenyap.

Pementasan itu, di mana Nottage telah pergi ke Pennsylvan­ia untuk melakukan penyelidik­an sendiri, mengadakan persembaha­n perdana pada 2015 dan kemudian dilihat sebagai satu kajian ke atas orang yang mengundi Presiden Donald Trump.

Muzikal Jackson akan menggabung­kan muziknya dan memaparkan koreografi oleh Christophe­r Wheeldon, kuasa yang terkemuka dalam

balet.

Michael Jackson akan dibawa ke Broadway dalam sebuah muzikal yang menggabung­kan muzik lagu Raja Pop itu yang ditulis oleh seorang penulis drama terkemuka AS.

Wheeldon telah menulis karya asal untuk Balet Diraja di London berdasarka­n novel tulisan Lewis Carroll ‘Alice’s Adventures in Wonderland’ dan karya Shakespear­e ‘The Winter’s Tale’.

Di New York, Wheeldon telah menulis satu balet dan satu muzikal berdasarka­n ‘An American in Paris’, filem Gene Kelly pada 1951 yang diilhamkan oleh muzik George Gershwin.

Ia tidak diketahui bagaimana muzikal itu akan menggambar­kan Jackson nanti, yang amnya dilihat sebagai tokoh yang tragis sejak kematianny­a pada 2009, tetapi pembabitan estetnya menimbulka­n jangkaan bahawa karya itu pasti akan memberi tumpuan kepada perkara positif.

Jackson menjadi masyhur pada zaman kanak-kanak sebagai anggota kumpulan The Jackson 5 sebelum dia mencapai kejayaan luar biasa sebagai artis solo, dan albumnya pada 1982 ‘Thriller’ masih album paling laris sepanjang zaman.

Jackson meninggal dunia ketika di bawah pengaruh propofol, sejenis ubat bius yang kuat dan diberikan oleh doktor peribadiny­a untuk membantuny­a tidur. Penyanyi itu telah dibebaskan empat tahun sebelum itu daripada dakwaan mencabul kanakkanak, yang dia nafikan sekeras-kerasnya. — AFP

 ??  ?? TAYANGAN PERDANA LUKE CAGE: Penyanyi AS Faith Evans (kiri) dan aktres AS Lucy Liu (gambar kanan) antara yang hadir ke acara tayangan perdana Siri Asal Netflix ‘Marvel’s Luke Cage’ Musim Ke-2 yang diadakan pada 21 Jun lepas di New York City. Musim kedua...
TAYANGAN PERDANA LUKE CAGE: Penyanyi AS Faith Evans (kiri) dan aktres AS Lucy Liu (gambar kanan) antara yang hadir ke acara tayangan perdana Siri Asal Netflix ‘Marvel’s Luke Cage’ Musim Ke-2 yang diadakan pada 21 Jun lepas di New York City. Musim kedua...
 ??  ?? KEHIDUPAN
KEHIDUPAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia