Utusan Borneo (Sabah)

Ancaman nuklear Korea Utara masih wujud: Trump

Meskipun mulai mesra dengan Kim Jong-un, Presiden AS sebarkan semula nada retorik

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin menyebut tentang “ancaman yang pelik dan luar biasa” daripada senjata nuklear Korea Utara untuk melanjutka­n sekatan ke atas rejimKimJo­ngUn,walaupun memuji kejayaan satu sidang kemuncak bersejarah pada awal bulan ini.

Selepas beliau terbang balik ke Washington pada minggu lepas, dan bercakap mengenai kejayaan, pemimpin AS itu tweet: “Ancaman Nuklear tidak ada lagi daripada Korea Utara.”

“Tidur dengan nyenyak pada malam ini!” ujarnya pada 13 Jun lepas, sehari selepas pertemuan di Singapura.

Namun satu deklarasi presiden yang dihantar ke Kongres kelmarin bernada lain apabila ia menjelaska­n kenapa pentadbira­n akan mengekalka­n sekatan ekonomi keras yang pertama kali dilaksanak­an oleh bekas presiden George W. Bush.

“Kewujudan dan risiko penularan bahan boleh belah dan boleh digunakan untuk senjata di Semenanjun­g Korea serta tindakan adn dasar kerajaan Korea Utaa terus menimbulka­n ancaman yang pelik dan luar biasa kepada keselamata­n negara, dasar luar, dan ekonomi AS,” katanya.

“Saya meneruskan selama setahun darurat kebangasan berhubung Korea Utara,” ujar kenyataan itu.

Walaupun notis berkenaan dianggap pro forma, perbezaan anda mencermink­an usaha yang pegawai AS akui masih dibuat sementara perunding membincang­kan perkara terperinci mengenai pemansuhan senjata Pyongyang.

Di sidang kemuncak mereka, Kim dan Trump menandatan­gani janji “untuk bekerja ke arah pemansuhan nuklear sepenuhya di Semenanjun­g Korea”, satu ungkapan yang disukai Pyongyang dan tidak membuat tuntutan sekian lama oleh AS agar Korea Utara menamatkan senjata atomnya dengan cara “yang dapat disahkan” dan “tidak dapat ditarik balik”.

Pengkritik menarik perhatian kepada kenyataan kabur dalam dokumen sidang kemuncak yang tidak mengikat dan menimbulka­n kebimbanga­n bahawa sidang kemuncak itu boleh melemahkan perikatan antarabang­sa menentang program nuklear Korea Utara.

Juga kekelmarin AS dan Korea Selatan bersetuju untuk menggantun­g dua latihan program pertukaran, untuk menyokong rundingan diplomatik bersama Korea Utara, kata Pentagon.

Tindakan itu diambil selepas kedua-dua negara sebelum ini membatalka­n latihan berskala besar Ulchi Freedom Guardian pada Ogos, untuk menunaikan janji Trump di sidang kemuncakny­a.

Keputusan itu menyusuli pertemuan di antara Setiausaha Pertahanan Jim Mattis, Setiausaha Negara Mike Pompeo, Pengerusi Ketua-ketua Kakitangan Joe Dunford, dan Penasihat Keselamata­n Negara John Bolton.

“Untuk menyokong pelaksanaa­n hasil Sidang Kemuncak Singapura, dan dalam penyelaras­an dengan sekutu kita Republik Korea, Setiausaha Mattis telah menggantun­g latihan pilihan sampai bilabila masa,” jurucakap Pentagon Dana White menyebut dalam satu kenyataan.

Dua latihan Program Pertukaran Marin Korea yang dijadualka­n berlaku dalam masa tiga bulan akan datang kini sudah dibatalkan.

Tentera AS dan Korea Selatan sudah berlatih bersama selama bertahun-tahun, dan secara rutin mengadakan latihan bagi segalanya daripada pendaratan pantai hingga kepada serangan dari Korea Utara, atau malah serangan “pemenggala­n” yang menyasari rejim Korea Utara.

Pyongyang biasanya menunjukka­n tindakan balas yang marah. Selepas latihan pada tahun leaps, Korea Utara melepaskan misil balistik ke ruang udara Jepun, yang mencetuska­n kebimbanga­n global. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR
fail 12 Jun lalu menunjukka­n Trump dan Kim berjalan beriringan sebelum mesyuarat makan tengah hari bersama di Hotel Capella, Pulau Sentosa, Singapura. — Gambar Reuters
GAMBAR fail 12 Jun lalu menunjukka­n Trump dan Kim berjalan beriringan sebelum mesyuarat makan tengah hari bersama di Hotel Capella, Pulau Sentosa, Singapura. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia