Utusan Borneo (Sabah)

Clooney hulur derma, bantah pisah keluarga pendatang

- JOHN LEGEND & CHRISSY TEIGEN

GEORGE Clooney dan John Legend telah memberi derma yang besar kepada badan amal manakala Bruce Springstee­n mengganggu pertunjuka­nnya di Broadway untuk mengecam krisis di sempadan apabila dunia hiburan menyuaraka­n kemarahan mengenai pemisahan keluarga pendatang di sempadan Amerika Syarikat.

Clooney dan isterinya yang juga peguam, Amal, berkata mereka menderma AS$100,000 kepada Pusat Muda untuk Hak Kanak-Kanak Pendatang, sebuah organisasi yang berpangkal­an di Universiti Chicago yang menyediaka­n penasihat undang-undang bagi kanak-kanak yang tidak ditemani.

Pasangan Clooney, pemilik yayasan yang telah membiayai lapan buah sekolah di Lubnan bagi kanak-kanak pelarian Syria, berkata walaupun mereka tidak dapat mengubah dasar Presiden Donald Trump, “kami dapat membantu mempertaha­nkan mangsanya”.

“Pada suatu masa nanti di masa depan, anakanak kita akan bertanya kepada kita: adakah ia benar, adakah negara kita benar-benar merampas bayi dari ibu bapa mereka dan meletakkan mereka di dalam pusat tahanan? Dan apabila kita jawab ya, mereka akan tanya kita apa yang kita buat mengenainy­a,” pasangan Clooney itu menyebut dalam satu kenyataan.

Penyanyi pop Legend dan isterinya yang juga seorang model, Chrissy Teigen, terdahulu berkata mereka menderma AS$288,000 kepada Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika untuk menyokong kanak-kanak pendatang yang dipisah.

Springstee­n, dengan pertunjuka­n intim, yang telah menjadi salah satu tiket paling dicari-cari di Broadway di Walter Kerr Theatre, yang mempunyai 960 tempat duduk, sudah mempersemb­ahkan senarai set yang sama untuk 146 konsert – kecuali pada Selasa lepas.

Legenda rock itu tibatiba menyampaik­an ucapan dari pentas sebelum dia menyanyika­n lagu “The Ghost of Tom Joad”, lagu tajuk dari albumnya pada 1995 berdasarka­n novel klasik tulisan John Steinbeck “The Grapes of Wrath” tentang petani miskin dari Oklahoma yang lari ke California.

“Kita sedang melihat perkara sekarang di sempadan Amerika yang begitu mengejutka­n dan tidak berperikem­anusiaan dan bukan sifat Amerika sehinggaka­n ia membuatkan kita begitu marah,” kata Springstee­n.

“Dan kita telah mendengar orang di kedudukan tinggi dalam kerajaan Amerika mengkufuri Tuhan dalam nama Tuhan dan negara bahawa ia adalah sesuatu yang bermoral untuk menyerang kanak-kanak di kalangan kita.

“Semoga Tuhan menyelamat­kan jiwa kita,” katanya. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GEORGE CLOONEY & AMAL
GEORGE CLOONEY & AMAL
 ??  ?? GEORGE CLOONEY
GEORGE CLOONEY
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia