Utusan Borneo (Sabah)

Exco seru penggiat industri lebih proaktif promosi Johor

-

JOHOR BAHRU: Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Pelanconga­n, Liow Cai Tung pada Sabtu menyeru penggiat-penggiat industri pelanconga­n Johor untuk lebih proaktif dalam mempromosi­kan negeri ini terutamany­a di peringkat antarabang­sa.

Menurutnya, kerajaan negeri akan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha yang dapat meningkatk­an lagi nama negeri ini sebagai destinasi pelanconga­n utama.

“Dalam industri pelanconga­n baik di dalam negara dan negeri kita, adalah penting untuk setiap penggiat industri memiliki semangat dan dedikasi yang tinggi untuk membawa kemajuan bukan sahaja kepada industri malah negeri.

“Tidak dinafikan akan sentiasa ada cabaran dalam apa jua keadaan atau perkara yang kita lakukan tetapi apabila kita konsisten dengan usaha kita dan mempunyai semangat yang tinggi dengan setiap perkara yang kita lakukan, ia tentunya membuahkan hasil yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Jelajah Asia ke Eropah anjuran Kelab Johor Jaya 4X4 Off Road, di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini, pada Sabtu.

Mengenai program berkenaan, Liow berkata ia satu daripada cara yang baik dalam membawa perubahan kepada industri pelanconga­n di dalam negeri dengan membawa nama Johor terus ke negara luar.

“Untuk program Jelajah Asia ke Eropah ini, sebanyak sembilan kenderaan pacuan empat roda akan menjelajah ke kawasan-kawasan pedalaman yang terdapat di 22 negara yang mereka rentasi.

“Selain menjelajah, mereka juga akan memberikan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampu­an yang terdapat di negara-negara yang mereka lalui yang mana pada pendapat saya ia merupakan satu cara unik mempromosi­kan negeri kita,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Johor Jaya 4X4 Off Road, Datuk Wong Chen Chuong berkata program jelajah berkenaan akan bermula pada 2 Julai dari Johor Bahru dan dijangka tiba di destinasi terakhir iaitu kota London pada 14 September.

Beliau berkata seramai 27 peserta terlibat dengan program jelajah tersebut yang akan merentasi 22 buah negara antaranya Thailand, Laos, China, Mongolia, Poland, Jerman, Perancis dan United Kingdom, merangkumi jarak perjalanan keseluruha­n lebih kurang 2,300 kilometer (km).- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia