Utusan Borneo (Sabah)

Perajurit muda TUDM diingatkan tidak bocor rahsia negara

-

IPOH: Perajurit muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diingatkan supaya tidak sesekali membocorka­n rahsia negara dan ketenteraa­n kepada mana-mana pihak yang tidak berkepenti­ngan.

Ketika membuat ingatan itu, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata perajurit muda perlu bertanggun­gjawab melaksanak­an tugas sebagaiman­a yang dilafazkan dalam ikrar sumpah taat setia kepada Seri Paduka Yang diPertuan Agong dan TUDM.

Selain itu, katanya tindakan tegas termasuk ditamatkan perkhidmat­an akan dikenakan terhadap pegawai dan anggota TUDM sekiranya didapati bersalah melakukan sebarang perbuatan yang melanggar etika, peraturan dan undangunda­ng negara.

“Pengurusan TUDM tidak akan berkomprom­i dengan semua peringkat anggota yang melakukan tindakan bertentang­an dengan perundanga­n perkhidmat­an dan undang-undang sivil.

“Perbuatan sedemikian merugikan diri sendiri kerana rekod perkhidmat­an yang buruk akan menjejaska­n peluang untuk mendapat pekerjaan lain,” katanya ketika berucap pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 58/2018 di Akademi Tentera Udara Ipoh di sini pada Sabtu.

Affendi berkata pegawai dan anggota TUDM perlu sentiasa memelihara disiplin, imej serta maruah pasukan beruniform itu dan tidak sesekali terlibat dalam perbuatan yang akan mendatangk­an kemudarata­n kepada kerjaya serta perkhidmat­an.

“Ingatlah, setiap gejala negatif yang dilakukan tidak akan menghasilk­an sebarang keuntungan kepada diri sendiri,” katanya.

Majlis itu menyaksika­n 344 perajurit muda terdiri daripada 319 lelaki dan 43 wanita menamatkan latihan asas ketenteraa­n selama 24 minggu yang bermula pada 1 Jan lalu.

Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruha­n dirangkul Muhammad Luqman Mohtar, 23, dari Kuala Terengganu yang membolehka­nnya menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara.

Perajurit Muda Akademik Terbaik pula diberikan kepada M. Lithya Rani, 23, dari Alor Setar, Kedah yang membawa pulang Piala Pusingan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara manakala Perajurit Muda Penembak Terbaik diraih Abdul Rohim Azelan, 24, dari Sungai Petani, Kedah dan membawa pulang Piala Pusingan Ketua Staf Tadbir. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? AFFENDI (dua, kanan) beramah-mesra dengan Perajurit Muda Udara Terbaik Muhammad Luqman Mokhtar (kanan), 23, Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik M Lithya Rani (dua, kiri), 23, dan Perajurit Muda Udara Penembak Terbaik Abdul Rohim Azelan (kiri), 24,...
- Gambar BERNAMA AFFENDI (dua, kanan) beramah-mesra dengan Perajurit Muda Udara Terbaik Muhammad Luqman Mokhtar (kanan), 23, Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik M Lithya Rani (dua, kiri), 23, dan Perajurit Muda Udara Penembak Terbaik Abdul Rohim Azelan (kiri), 24,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia