Utusan Borneo (Sabah)

Hentikan serangan di selatan Syria: PBB

Setiausaha Agung bangkitkan gesaan agar gencatan senjata dipatuhi semula

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres kelmarin menuntut penamatan segera serangan tentera di barat daya Syria dan kembali kepada rancangan gencatan senjata yang dipersetuj­ui Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Jordan.

Dalam perkembang­an berasingan, Duta AS Nikki Haley menggesa Rusia untuk menekan sekutunya Syria agar mematuhi gencatan senjata.

Guterres mengadakan rundingan semalam di Washington bersama Setiausaha Negara Mike Pompeo.

Presiden Bashar al-Assad telah memberi tumpuan kepada usaha untuk menawan semula bahagian yang dikuasai pemberonta­k di selatan Syria.

Sejak tiga tahun lalu, kawasan di timur Daraa telah dibom, yang memaksa ribuan orang awam untuk lari, menurut Observator­i Hak Asasi Manusia di Britain.

Guterres berkata beliau “amat bimbang” mengenai pertempura­n yang semakin buruk baru-baru ini ekoran operasi yang dilancarka­n oleh kerajaan Syria, dan berkata ia menimbulka­n “risiko signifikan” kepada keselamata­n serantau.

Dia menuntut “penamatan segera kepada serangan tentera sekarang” dan menggesa semua pihak untuk patuh kepada komitmen gencatan senjata “sebagai perkara keutamaan”.

Jordan, Rusia dan AS setuju pada tahun lepas untuk menyediaka­n zon bebas perang bagi rantau itu yang merangkumi Daraa, Quneitra dan Sweida. Kawasan tersebut bersempada­n dengan Jordan dan Golan Heights yang dirampas oleh Israel. Haley menyebut dalam satu kenyataan sebelum ini: “Tindakan rejim Syria mencabuli gencatan senjata di barat daya Syria perlu dihentikan.”

“Kami berharap Rusia akan memainkan peranannya untuk menghormat­i adn melaksanak­an gencatan senjata yang ia bantu adakan, dan menggunaka­n pengaruhny­a untuk menghentik­an kesalahan rejim Syria dan sebarang tindakan yang menggugat kestabilan di bahagian barat daya dan di seluruh Syria.”

Lebih 11,000 orang sudah hidup dalam pelerian selepas keganasan meruncing termasuk serangan udara, artileri, bom tong dan serangan roket, menurut kenyataan AS.

Tentera Assad sudah merampas semula beberapa bahagian yang besar di Syria daripada pejuang pembangkan­g sejak Rusia campur tangan secara ketenteraa­n untuk menyokongn­ya pada 2015.

Majlis Keselamata­n PBB dijadual membincang­kan Syria pada Rabu ini. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK yang melarikan diri dari wilayah Daraa berlindung di kem sementara di wilayah Quneitra, barat daya Syria dekat sempadan dengan Bukit Golan, kelmarin. — Gambar AFP
PENDUDUK yang melarikan diri dari wilayah Daraa berlindung di kem sementara di wilayah Quneitra, barat daya Syria dekat sempadan dengan Bukit Golan, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia