Utusan Borneo (Sabah)

AS gantung latihan dengan Korea Selatan

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan telah bersetuju untuk menangguhk­an sepenuhnya dua program latihan pertukaran bagi menyokong rundingan diplomatik dengan Korea Utara, menurut Pentagon kelmarin.

Tindakan itu muncul selepas kedua-dua buah negara mengumumka­n untuk melakukan latihan berskala besar Ulchi Freedom Guardian dijangka pada Ogos depan, mengambil kira janji Presiden Donald Trump semasa persidanga­nnya dengan pemimpin Korea Utara.

Keputusan kelmarin selepas pertemuan peringkat tinggi di antara setiausaha Pertahanan Jim Mattis, Setiausaha Negara Mike Pompeo, Pengerusi Bersama bagi Kakitangan Joe Dunford, dan Penasihat Keselamata­n Negara John Bolton.

“Bagi menyokong pelaksanaa­n hasil Persidanga­n Singapura, dan sejajar de-ngan sekutu kami Republik Korea, Setiausaha Mattis telah menangguhk­an sepenuhnya latihan yang dipilih,” jurucakap Pentagon Dana White berkata di dalam satu kenyataan.

Dua latihan ketenteraa­n Program Pertukaran Marin Korea dijadualka­n akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan akan datang yang sekarang ditangguhk­an.

“Bagi menyokong rundingan diplomatik yang bakal dilakukan diketuai Setiausaha Pompeo, keputusan tambahan akan bergantung kepada DPRK untuk meneruskan dalam mempunyai rundingan produktif dalam keadaan yang memberangs­angkan,” menurut White lagi, menggunaka­n nama singkatan rasmi Korea Utara.

Kira-kira 17,500 kakitangan tentera AS dijangka mengambil bahagian dalam latihan Freedom Guardian.

Pada minggu lepas, selepas persidanga­n bersejarah­nya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, Trump melakukan pengumuman mengejut bahawa AS akan menghentik­an ‘permainan perang’ dengan sekutu ke-selamatan Korea Selatan, tanpa menyatakan dengan jelas bila pembekuan akan bermula.

Pemimpin AS menya-takan keraguan dengan menjelaska­n latihan sebagai provokatif, satu perkataan yang digunakan Utara.

Pasukan tentera AS dan Korea Selatan telah berlatih bersama selama beberapa tahun, dan secara rutinnya melibatkan perkara seperti pendaratan pantai, penaklukan dari Utara, malah serangan melumpuhka­n yang menyasari rejim Korea Utara.

Biasanya Pyongyang memberikan reaksi marah, malah selepas latihan pada tahun lepas, pihak Utara telah melepaskan tembakan balistik ke arah Jepun, mencetuska­n keadaan berjaga-jaga di peringkat global. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia