Utusan Borneo (Sabah)

Lyles catat masa terpantas di dunia

Menangi acara 100 meter lelaki di Kejohanan AS

-

CHICAGO: Pelari pecut Amerika Syarikat (AS) Noah Lyles mencatatka­n masa terpantas di dunia pada tahun ini iaitu 9.88 saat untuk memenangi kejuaraan kebangsaan AS dalam acara 100 meter lelaki kelmarin.

Lyles, 20, mengejar dan memintas naib juara Ronnie Baker untuk mengurangk­an masa terbaik di dunia 9.89 saat dalam acara 100 meter yang dia catatkan pada awal kelmarin di Kejohanan AS di Des Moines, Iowa.

“Dua masa terbaik di dunia dalam dua acara. Saya rasa begitu diberkati,” kata Lyles, yang khususnya dikenali sebagai pelari 200 meter.

Baker, yang mendahului dengan baki 25 meter lagi, menamatkan larian dalam masa 9.90 saat manakala Kendal Williams di tempat ketiga dalam masa 10.00 saat.

Pada peringkat separuh akhir, Lyles mencatatka­n 9.89 saat, untuk menyamai masa terpantas Mike Rodgers pada tahun ini yang dicatatkan oleh Rodgers pada peringkat saringan Khamis lepas.

Rodgers tidak berlari pada peringkat separuh akhir selepas penyertaan­nya dibatalkan. Tiada maklumat diberikan mengenai sebab penyertaan­nya dibatalkan dalam acara itu selepas dia menang dengan mudah Khamis lepas.

Tanpa sebarang perebutan bagi tempat dalam pasukan kejuaraan dunia atau Olimpik dalam kitaran empat tahun, banyak nama besar tidak menyertai kejohanan kebangsaan ini, termasuk pemegang rekod tertutup dunia Christian Coleman dan juara dunia dalam acara 100 meter Justin Gatlin.

Ini merupakan kejuaraan kebangsaan pertama bagi Lyles, yang akan berusia 21 tahun pada bulan depan.

“Itu sebenarnya agak hebat. Ya Tuhanku,” kata Lyles kepada pemberita sejurus selepas dia memenangi perlumbaan.

Pada awal bulan ini di Kingston, Jamaica, Lyles mencatatka­n masa peribadi terbaik 9.93 saat untuk menjadi orang kedua memecah masa 10.00 saat dalam acara 100 meter dan 19.80 saat dalam acara 200 meter sebelum harijadi mereka yang ke-21. Seorang lagi adalah atlet Jamaica, Yohan Blake.

Baker mencatatka­n masa peribadi terbaik 9.90 saat walaupun menduduki tempat kedua. Dia berkata dia akan bertanding di Eropah selepas ini, khususnya Paris, di mana dia berharap untuk mencatatka­n lebih banyak masa peribadi terbaik.

“Iaadalahpr­osesbelaja­r.Saya gembira pada keseluruha­nnya. Saya rasa saya mengurangk­an pecutan ketika menamatkan larian. Dia hanya memecut lebih baik sedikit berbanding saya pada hari ini,” kata Baker, yang bertandang ke Paris pada Selasa ini.

Dalam acara akhir 100 meter wanita, Aleia Hobbs memenangi kejuaraan kebangsaan karier pertamanya dengan masa kemenangan 10.91 saat.

Dia menewaskan naib juara Ashley Henderson yang mencatatka­n 10.96 saat. Jenna Prandini di tempat ketiga dalam masa 10.98 saat. – AFP

 ??  ?? LYLES memenangi acara 100 meter lelaki pada Kejohanan AS di Des Moines, Iowa. -Gambar AFP
LYLES memenangi acara 100 meter lelaki pada Kejohanan AS di Des Moines, Iowa. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia