Utusan Borneo (Sabah)

Gol masa kecederaan Neymar dan Coutinho legakan Brazil

-

SAINT PETERSBURG: Brazil memerlukan dua gol dalam masa kecederaan untuk menewaskan pasukan cekal Costa Rica kelmarin apabila Philippe Coutinho dan Neymar melakukan jaringan untuk meletakkan semula juara lima kali Piala Dunia itu ke landasan bagi peringkat 16 terakhir.

Pasukan Brazil kelihatan seperti akan mencatatka­n keputusan seri kedua berturuttu­rut yang mengecewak­an sebelum Coutinho, penyerang Barcelona, menolak bola menerusi kaki penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas, pada minit ke-91 di St Petersburg.

Neymar, yang diberi tendangan penalti oleh pengadil Bjorn Kuipers sebelum ia ditarik balik selepas meneliti Video Pembantu Pengadil, merembat masuk gol kedua tujuh minit selepas masa kecederaan diberikan. Ia merupakan jaringan paling lewat dalam sejarah Piala Dunia.

Pemain paling mahal di dunia berlutut sambil menangis pada hujung perlawanan dan kemudian menulis mesej dalam Twitter dan Instagram untuk membalas kritikan terhadap reaksinya yang emosional.

“Tidak semua orang tahu apa yang saya harungi untuk sampai ke sini. Malah burung nuri dapat bercakap, tetapi menempuh kesusahan... tidak semua orang melakukann­ya. Saya menangis kerana kegembiraa­n, mengatasi, kecekalan dan keinginan untuk menang,” kata Neymar.

Ia hanyalah perlawanan kompetitif keempat Neymar sejak dia mengalami kepatahan tulang ketika bermain untuk Paris SaintGerma­in Februari.

Berbeza sekali daripada kelegaan Brazil, Argentina dan Lionel Messi yang mempamerka­n prestasi hambar berada dalam keadaan tidak menentu ekoran kekalahan 3-0 mereka yang kucar-kacir kepada Croatia pada Khamis lepas.

Pengurusan Argentina terpaksa menafikan laporan bahawa para pemain mahu jurulatih Jorge Sampaoli dipecat sebelum perlawanan kumpulan terakhir mereka menentang Nigeria – mereka berkata dakwaan itu “palsu sama sekali”.

Memburukka­n lagi ketegangan, beberapa saluran media di Sepanyol membuat laporan mengenai rakaman audio bekas pemain antarabang­sa Argentina Diego Simeone di mana dia mengecam “anarki” dalam pasukan dan berkata dia akan memilih pemain Portugal Cristiano Ronaldo dan bukan Messi, jika dia ada pilihan.

“Messi sangat bagus, tetapi ia adalah jelasbahaw­a dia sangat bagus kerana d ia dikeliling­i pemain luar biasa (di Barcelona),” kata Simeone, yang kini mengurus Atletico Madrid.

“Soalan yang saya tanya ialah ‘jika anda perlu memilih di antara Messi dan Ronaldo dalam sebuah pasukan biasa, siapakah yang akan anda pilih?’” Bagaimanap­un cabaran getir Argentina untuk layak ke fasa kalah mati mungkin telah dibantu oleh kemenangan 2-0 Nigeria ke atas Iceland kelmarin yang meletakkan Kumpulan D dalam keadaan yang amat menarik sekali. Kekalahan bermakna pasukan Super Eagles tidak ada peluang lagi untuk mara, tetapi Ahmed Musa menjaringk­an dua gol untuk menjadi pemain pertama dari Nigeria yang menjaringk­an gol di dua kejohanan Piala Dunia dan memberikan kemenangan kedua kepada negaranya dalam 14 perlawanan di kejohanan Piala Dunia.

Situasi itu menyediaka­n pentas bagi pertarunga­n di antara Nigeria dan Argentina di Saint Petersburg pada Selasa ini. Jika Argentina menang, mereka masih ada peluang untuk menduduki tempat kedua di belakang Croatia yang sudah layak dan mara ke peringkat kalah mati.

Dalam perlawanan lewat kelmarin, Switzerlan­d bangkit selepas ketinggala­n untuk menewaskan Serbia 2-1 hasil rembatan kencang Xherdan Shaqiri pada minit ke-90 dari jarak jauh untuk menyamakan kedudukand­enganBrazi­ldengan empat dalam Kumpulan E.

Ia ternyata kemenangan yang memilukan bagi Shaqiri dan seorang lagi penjaring Swiss, Granit Xhaka, yang bersama rakan sepasukan Valon Belrami diejek tidak hentihenti oleh penyokong Serbia kerana mereka ada asal usul di Kosovo, sebuah bekas wilayah Serbia yang mengisytih­arkan kemerdekaa­n tetapi tidak diiktiraf oleh Belgrade.

Shaqiri dan Xhaka meraikan gol mereka dengan mencangkuk ibu jari dan tangan mereka bersama dalam perayaan ‘helang berganda’, satu isyarat yang melambangk­an bendera Kosovo.

“Anda dapat lihat apa yang saya buat, ia hanya emosi sahaja,” katanya.

Kemenangan di Kaliningra­d pasti menjamin tempat bagi Serbia pada peringkat kalah mati buat pertama kali sejak ia menjadi sebuah negara bebas, tidak kira apa pun keputusan dalam perlawanan kumpulan terakhir mereka menentang Brazil. -AFP

 ??  ?? NEYMAR COUTINHO menjaringk­an gol pertama Brazil dalam perlawanan menentang Costa Rica di Saint Petersburg, Rusia. -Gambar REUTERS
NEYMAR COUTINHO menjaringk­an gol pertama Brazil dalam perlawanan menentang Costa Rica di Saint Petersburg, Rusia. -Gambar REUTERS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia